Bulan lalu, Google telah menyertakan Android Earthquake Alerts System kepada pengguna di lebih dari tujuh buat negara sebelum memperkenalkannya ke peringkat global pada tahun depan.

Negara Filipina merupakan salah sebuah negara yang mempunyai sistem tersebut dan pengguna-pengguna Android di sana telah dapat memanfaatkannya semalam.

Menurut US Geological Survey, gempa bumi berukuran 6.7 skala Richter telah menggegarkan bandar Tingloy, Filipina awal pagi semalam. Reuters melaporkan gegaran tersebut berlaku hampir satu minit.

Sebahagian pengguna telah mendapat maklumat awal mengenai gegaran tersebut apabila menerima notifikasi dari telefon pintar Android masing-masing. Kejayaan sistem tersebut telah dikongsikan oleh pengguna-pengguna di Reddit dan juga Twitter.


Google telah membina sebuah sistem rangkaian pengesan gempa bumi menggunakan teknologi dan sensor yang sedia ada.

Sistem amaran ini berfungsi dengan menggunakan accelerometer yang terdapat pada peranti bagi mengesan gelombang pemula yang tidak memusnah P-wave.

Telefon tersebut kemudiannya akan menghantar maklumat bandar lokasi gegaran tersebut dikesan ke pelayan pengesan gempa bumi Google. Maklumat yang dilaporkan berkenaan akan disahkan terlebih dahulu sebelum satu notifikasi akan dihantarkan kepada pengguna.

Notifikasi yang diberikan juga turut menyediakan maklumat seperti peta, magnitud gegaran dan panduan pengguna ketika menghadapi gempa bumi. Ia sepatutnya akan diterima pengguna beberapa saat sebelum gegaran memusnah S-wave tiba.

Tinggalkan komentar