Utama Mobile Aplikasi SKMM: Sistem Alamat Nasional akan mula Beroperasi Sepenuhnya menjelang 2027

SKMM: Sistem Alamat Nasional akan mula Beroperasi Sepenuhnya menjelang 2027

82
0
Ahmad Aswadi Yusof -Imej dari Bernama

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) telah mengumumkan rancangan untuk memperluaskan pelaksanaan Sistem Alamat Nasional (NAS) yang dijangka sedia beroperasi menjelang 2027.

Hala tuju tiga tahun ini telah diumumkan oleh Ketua Bahagian Inovasi Digital dan Geospatial (SKMM) Ahmad Aswadi Yusof ketika Persidangan Alamat Nasional 2025 yang diadakan pada Rabu lalu.

NAS diperkenalkan pertama kali pada 2021 sebagai sebahagian daripada inisiatif di bawah Pelan Accelerator Kurier Negara (PAKEJ). Pada awalnya ia bertujuan menambahbaik logistik kurier Malaysia. Sistem ini juga berperanan sebagai pangkalan data terpusat bagi mengurangkan ketidaktekalan (inconsistencies) yang menjejaskan perkhidmatan bantuan kecemasan di seluruh negara.

Ahmad Aswadi mengetengahkan keperluan kritikal untuk sebuah pangkalan data terpusat dalam keadaan seperti kelewatan bantuan kecemasan disebabkan tidak dapat mengenalpasti lokasi pemanggil.

Tambah beliau lagi, kelemahan piawaian terutamanya di luar bandar mengakibatkan kekeliruan dan ketidakcekapan. Misalnya, sebuah bungkusan ke Taman Bahagia di Kuala Lumpur telah dihalakan ke lokasi lain yang sama namanya di Sandakan, Sabah.

Data yang lebih konsisten

Buat masa ini kerajaan membelanjakan kira-kira RM700 juta setahun untuk sumber data lokasi dari pelbagai penyedia luaran yang sering memberikan hasil yang tidak konsisten dan meragukan. Bagi mengatasi isu tersebut, NAS akan dibangunkan sebagai repository rasmi dan diperakukan kerajaan untuk lebih dari 11 juta alamat di seluruh negara.

Sistem ini juga berfungsi sebafgai platfom akses terbuka, membolehkan pengguna menyemak dan mengemaskini maklumat alamat, dan mengubahkannya kepada koordinat geo-lokasi yang tepat menggunakan latitud dan longitud.

Apa yang lebih penting, beliau menjelaskan pangkalan data tersebut tidak memasukkan sebarang maklumat peribadi seperti nama pemilik premis. Hanya nama jalan, nombor, daerah dan data berkaitan sahaja yang boleh didapati.

Program NAS dimulakan pada tahun ini yang berjaya dengan fasa kajian dan pembentukan pasukan gerak kerja teknikal, serta beberapa projek rintis dengan kerjasama antara SKMM dan pihak berkuasa tempatan.

Peringkat seterusnya dijadualkan pada 2026 melibatkan pembangunan berskala penuh platform NAS dan pengujian. Menjelang 2027, SKMM mensasarkan sistem ini dapat digunakan sepenuhnya dengan usaha terarah pada pemurnian data dan peningkatan aplikasi.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.