Xiaomi melalui subjenamanya, Redmi, telah melancarkan siri telefon pintar Redmi Note 15 di Malaysia. Siri kali ini tampil dengan empat model berbeza iaitu Redmi Note 15 4G, Note 15 5G, Note 15 Pro 5G, dan Note 15 Pro+ 5G. Harganya pula bermula dari RM799.

Spesifikasi Model Paling Premium

Redmi Note 15 Pro+ 5G merupakan model paling tinggi dalam siri ini yang dilengkapkan dengan paparan AMOLED 6.83-inci beresolusi 1.5K. Paparannya ini juga mempunyai kadar penyegaran semula 120Hz, dan kecerahan maksimum sehingga 3,200 nits.

Telefon pintar ini dikuasakan oleh cip Snapdragon 7s Gen 4 dan bateri berkapasiti 6,500mAh. Ia menyokong pengecasan pantas 100W HyperCharge serta pengecasan wayar berbalik 22.5W.

Dari segi fotografi, model ini menampilkan kamera belakang 200MP + 8MP ultra-wide dan kamera hadapan 32MP.

Model Note 15 Pro 5G pula berkongsi spesifikasi paparan yang sama dengan model Pro+. Cuma ia dikuasakan oleh cip Dimensity 7400-Ultra.

Walaupun bateri 6,580mAh yang dibawanya sedikit lebih besar, ia hanya menyokong pengecasan berwayar 45W dan pengecasan nirwayar berbalik 22.5W.

Kamera belakang model ini juga menampilkan kombinasi 200MP + 8MP ultra-wide. Manakala kamera hadapan menggunakan sensor 20MP.

Model Asas dengan Pilihan 4G dan 5G

Redmi Note 15 dan Note 15 5G dikategorikan sebagai model asas yang berkongsi beberapa persamaan spesifikasi. Kedua-dua peranti ini dilengkapkan dengan paparan AMOLED 6.77-inci beresolusi FHD+. Ia mempunyai kadar penyegaran semula 120Hz, dan kecerahan puncak 3,200 nits.

Perbezaan utama terletak pada cip pemprosesannya. Untuk model 4G ia menggunakan MediaTek Helio G100-Ultra dengan bateri 6,000mAh yang menyokong pengecasan 33W.

Manakala model 5G dilengkapkan dengan pemprosesan Snapdragon 6 Gen 3. Ia menggunakan bateri silikon-karbon 5,520mAh yang menyokong pengecasan 45W dan pengecasan berbalik 18W.

Kedua-dua model ini turut didatangkan bersama kamera utama 108MP dan kamera hadapan 20MP. Cuma versi 5G disertakan kamera ultra-lebar 8MP berbanding sensor berkedalaman 2MP pada versi 4G.

Harga dan Promosi Pra-Tempahan

Harga bagi siri Redmi Note 15 adalah seperti berikut:

Model Konfigurasi Harga
Redmi Note 15 Pro+ 5G 12GB + 256GB RM1,699
Redmi Note 15 Pro+ 5G 12GB + 512GB RM1,899
Redmi Note 15 Pro 5G 8GB + 256GB RM1,399
Redmi Note 15 Pro 5G 8GB + 512GB RM1,599
Redmi Note 15 5G 6GB + 128GB RM849
Redmi Note 15 5G 8GB + 256GB RM949
Redmi Note 15 8GB + 256GB RM799

Redmi Note 15 5G boleh didapati mulai 16 Januari di kedai fizikal dan dalam talian Xiaomi. Manakala Redmi Note 15 hanya dijual secara dalam talian. Model Pro pula dijangka tersedia di pasaran pada 22 Januari, dengan pra-tempahannya kini sudah dibuka.

Xiaomi turut menawarkan promosi pra-tempahan istimewa sehingga 21 Januari untuk model-model tertentu. Pembeli Redmi Note 15 Pro+ 5G (12GB + 256GB) dan Note 15 Pro 5G (8GB + 256GB) layak menerima naik taraf storan percuma

Hazwan Shah menggayakan Siri Redmi Note 15

Untuk pembelian varian storan lebih tinggi pula akan menerima Redmi Pad SE 8.7-inci berserta casingnya secara percuma. Bagi pembelian bermula 22 Januari hingga 28 Februari, anda ditawarkan dengan hadiah berbentuk Mi Vacuum Cleaner.

Tinggalkan komentar