Utama Android Honor Siri HONOR X Menguasai Pasaran Kelas Pertengahan Sebagai Peranti No.1 Tiga Generasi...

Siri HONOR X Menguasai Pasaran Kelas Pertengahan Sebagai Peranti No.1 Tiga Generasi Berturut-turut

54
0

KUALA LUMPUR, 22 September 2025 – Sejak 2022, Siri HONOR X bukan lagi hanya sebuah peranti, sebaliknya telah menjadi teman sejati rakyat Malaysia. Sama ada menghadapi hujan lebat, menahan jatuhan daripada genggaman, dan tahan lasak untuk penggunaan sepanjang hari, Siri X telah membuktikan kedudukannya sebagai Telefon Pintar Kelas Pertengahan Terlaris di Malaysia selama tiga tahun berturut-turut. Kejayaan ini telah melayakkannya meraih gelaran ‘Pilihan Utama Rakyat Malaysia’.

HONOR X9 Merungkai Kod Yang Melambangkan Permulaan Era Baharu

Kisah ini bermula pada tahun 2022 dengan telefon pintar Siri X pertama yang dilancarkan di Malaysia, iaitu HONOR X9. Dengan janji ‘Lagi Tahan, Lagi Best’, kenyataan tersebut membawa peranti ini memecah tembok penghalang dalam membolehkan rakyat Malaysia yang mahukan peranti yang tidak mudah rosak, lebih tahan lasak dan lebih baik. Kemunculannya sebagai telefon pintar tahan lasak yang pertama di pasaran telah mencetuskan gelombang penerimaan yang diterima baik oleh rakyat Malaysia, dan membentuk pengikut setia di sekitar jenama yang mementingkan ketahanan dalam setiap aspek.

Memecah Halangan: Era Skrin Yang Amat Kukuh

Jurutera HONOR telah mendengar keluhan pengguna mengenai isu keretakan skrin, khususnya berhubung peranti dengan paparan melengkung. HONOR melihat masalah ini sebagai peluang untuk menghasilkan X9a dan X9b. Kedua-dua model ini telah menembusi sempadan dan mendefinisikan semula ketahanan skrin yang ada pada telefon pintar. HONOR X9a menjadi model sensasi atas talian sebagai telefon skrin melengkung paling tahan lasak, manakala X9b mencatatkan jualan tertinggi, menjadikannya Telefon Pintar Kelas Pertengahan Nombor Satu di Malaysia.

Namun, usaha HONOR tidak terhenti di situ. Kemunculan HONOR X9c 5G pada 2024 menjadikan Siri X semakin dikenali ramai. Model ini digelar sebagai ‘Raja Tahan Jatuhan’, sekaligus meningkatkan lagi reputasi HONOR dan menetapkan standard baharu untuk ketahanan telefon pintar kelas pertengahan. Setiap generasi dihasilkan susulan kejayaan generasi sebelumnya, meneruskan legasi dan mengukuhkan kedudukan Siri X di hati, tangan dan poket rakyat Malaysia.

Penguasaan Kukuh di Puncak Pasaran Telefon Pintar Pertengahan Malaysia

Siri X telah mendominasi carta dengan angka yang amat mengagumkan. Selama tiga tahun berturut-turut, ia telah mengungguli tempat teratas di semua saluran dalam kategori kelas pertengahan, dengan menguasai 33% pasaran pada 2023 dan meningkat hingga 55% pada 2025. Bagi setiap dua telefon pintar kelas pertengahan yang dijual di Malaysia, salah satu daripadanya adalah Siri X. Pencapaian ini membuktikan bukan sahaja ketahanan produk bahkan kepercayaan yang telah dibina oleh HONOR dengan jutaan pengguna di seluruh negara.

Menguji ketahanan bateri HONOR X9d 5G

Bakal Merajai Pasaran: HONOR X9d 5G, Menawarkan Tiga Teknologi Pertama dalam Industri

HONOR X9d 5G merupakan telefon pintar pertama di dunia yang menerima Pensijilan Prestasi Premium Ketahanan Tiga Kali Ganda SGS, peranti pertama di pasaran yang menampilkan perlindungan rintangan air dan debu IP69K, dan satu-satunya telefon di dunia yang mempunyai kapasiti bateri terbesar 8300mAh. Peranti ini dicipta untuk menahan daripada jatuhan, kalis air dan tahan dalam apa juga keadaan yang tidak diduga. HONOR X9d 5G bukan hanya lebih lasak, malah hampir sukar ditandingi.

Bukan Sekadar Perkakasan: Peranti Yang Memberikan Ketenangan Kepada Pengguna

Selain ketahanan, jaminan yang lebih kukuh menjadikan HONOR X9d 5G peranti yang memberikan ketenangan kepada pengguna. Ini kerana HONOR konsisten dengan prinsip bahawa memiliki telefon haruslah bebas daripada kebimbangan. Justeru, Siri X hadir dengan sokongan pasca jualan yang menyeluruh serta pelan perlindungan komprehensif meliputi lanjutan jaminan hinggalah ke pilihan penggantian skrin. Seiring pelancaran HONOR X9d 5G, pelan perlindungan yang lebih canggih akan diperkenalkan bagi mengukuhkan komitmen HONOR untuk menghasilkan peranti yang hebat dan ketenangan kepada pengguna.

HONOR X9d 5G, Sebuah Legasi Yang Berkembang Lebih Kukuh 

Daripada pendatang baharu empat tahun dahulu, kini Siri HONOR X berkembang sebagai nama yang dikenali ramai dan menjadi fenomena nasional. Ia bukan hanya berjaya mengharungi persaingan yang sengit tetapi telah mengubah jangkaan rakyat Malaysia terhadap telefon pintar kelas pertengahan iaitu ketahanan, kebolehpercayaan, dan inovasi berterusan. Dengan ketibaan HONOR X9d 5G, jenama ini sekali lagi meningkatkan standardnya, sekaligus membuktikan bahawa Siri X adalah teman setia untuk gaya hidup moden rakyat Malaysia.

Saksikan Pelancaran HONOR X9d 5G Rabu Ini!

Pelancaran rasmi HONOR X9d 5G di Malaysia akan berlangsung dalam dua hari lagi. Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan penstriman langsung di laman Facebook HONOR Malaysia pada jam 3 petang, 24 September ini.

Untuk maklumat lanjut mengenai HONOR X9d 5G, ikuti laman Facebook rasmi HONOR Malaysia atau kunjungi www.honor.com/my/.

Tinggalkan komentar