Kesemua permohonan Persijilan Halal Malaysia akan diproses secara elektronik bermula dari 5 Mei 2025. Perubahan ke proses digital ini merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan untuk memenuhi keperluan industri yang kian meningkat.

Menurut Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Datuk Dr. Sirajuddin Suhaimee, permohonan yang berjaya akan menerima sijil digital menerusi platfrom MYeHALAL. Pemohon juga ditawarkan dengan pilihan untuk mencetak sendiri sijil dari platform berkenaan atau membayar untuk mendapatkan salinan fizikal sijil halal dari JAKIM.

Dr. Sirajuddin menjelaskan, syarikat yang memerlukan sijil fizikal perlu menghantar permohonan rasmi. Beliau turut menjelaskan sijil yang dicetak tersebut dikirakan sebagai cetakan semula dan tertakluk di bawah Klausa 13 Manual Prosedur Persijilan Halal Malaysia (Domestik) 2020.

Pendigital proses persijilan memperkemaskan penyampaian perkhidmatan dan mengurangkan kerenah birokrasi selain meningkatkan kecekapan proses. Dr. Sirajuddin menyatakan perubahan ini menggambarkan komitmen JAKIM terhadap prinsip Malaysia Madani dan juga hasrat kerajaan dalam memodenkan perkhimdatan awam.

Imej pengatas dari IAS Malaysia

Tinggalkan komentar