Kesatuan Eropah (EU) kini telah mengiktiraf sijil digital yang dikeluarkan oleh aplikasi penjejakan kontak, MySejahtera sebagai sebahagian dari rangkaian Sijil Digital COVID Kesatuan Eropah (EU Digital COVID Certificate).

Pengumuman ini dibuat oleh Duta EU ke Malaysia, Encik Michalis Rokas di Twitter. Beliau turut memaklumkan keputusan ini berkuatkuasa bermula dari 4 April 2022.

Pengiktirafan MySejahtera oleh EU ini hadir tidak lama selepas peralihan Malaysia ke arah fasa endemik pada 1 April baru-baru ini. Dalam pada masa yang sama, Malaysia telah mula membuka sempadannya dengan negara-negara luar.

Apple juga kini boleh mengenalpasti kod QR untuk sijil digital MySejahtera. Ia dapat dibuat melalui aplikasi Apple Health dan Apple Wallet selepas kemaskini iOS 15.4.

Menerusi hantara tweet berkenaan, Encik Michalis Rokas turut menyatakan pengiktirafan dijangka mampu meningkatkan aktiviti perniagaan dan pelancongan di Malaysia.

Tinggalkan komentar