Lotus’s Stores (Malaysia) Sdn Bhd (Lotus’s Malaysia), kini telah memperluaskan ekosistem pembayaran nirtunainya dengan menerima pembayaran melalui ShopeePay.
Syarikat pasaraya yang dahulunya dikenali sebagai Tesco Malaysia ini memperkenalkan sokongan ini berikutan terdapat peningkatan tahunan pembayaran nirtunai sebanyak 25 peratus dikalangan pelanggannya.
Pada masa yang sama, para pelanggan Pasaraya Lotus’s Malaysia juga berpeluang menikmati pulangan tunai apabila membuat bayaran melalui ShopeePay di mana-mana 62 buah cawangannya di seluruh negara.
Bagi meraikan jalinan usahasama ini, para pelanggan akan menerima pulangan tunai sebanyak RM 4 dengan perbelanjaan minimum RM 40 dalam satu traksaksi pembayaran ShopeePay di mana-mana cawangan Lotuss’s.
Bermula dari sekarang sehingga 29 September 2021, bersempena Shopee 8.8 Brands Festival, setiap pelanggan layak untuk menerima maksimum dua pulangan tunai sepanjang tempoh promosi.
Selain itu, para pelanggan juga boleh menikmati pulangan tunai sebanyak RM 3 dengan perbelanjaan minima RM 15 apabila menggunakan ShopeePay di mana-mana Pasaraya Lotus’s dari sekarang hingga 31 Disember 2021. Bagaimanapun, setiap pelanggan hanya dibenarkan menerima satu pulangan tunai RM 3 dalam satu hari.













