Shopee baru-baru ini telah mengumumkan penutupan sementara gudangnya di Shah Alam berikutan pelaksanaan prosedur operasi piawai (SOP) tambahan di premis berkenaan.
Pelaksanan ini dibuat selepas gudang berkenaan telah menerima kunjungan dari pihak berkuasa.
Menurut Shopee, pihaknya telah menerima garis panduan tambahan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada 9 Julai 2021, berikutan kunjungan oleh PDRM pada 3 Julai lalu.
Berikutan penutupan gudang di Shah Alam ini, operasi melibatkan penghantaran barangan pengguna dari gudang terbabit berkemungkinan berdepan dengan kelewatan.
Dear valued Shopee users, pic.twitter.com/y2O3yLxLBU
— Shopee Malaysia (@ShopeeMY) July 10, 2021
Bagi pengguna yang terkesan dengan langkah ini, notifikasi melalui aplikasi Shopee akan dihantar bagi memaklumkan keadaan semasa.
[Kemaskini 13 Julai 2021] Dimaklumkan gudang Shopee di Shah Alam telah kembali beroperasi bermula pada 13 Julai 2021.













