Shopee baru-baru ini telah memperkenalkan sokongan kaedah pembayaran baharu melalui Google Pay. Ini merupakan penambahan dari kaedah pembayaran sedia ada seperti kad debit, kad kredit, FPX dan sebagainya.

Selain itu, platform membeli-belah dalam talian ini juga turut menawarkan pilihan pembayaran secara tunai di kedai-kedai runcit terpilih.

Pengguna-pengguna Android kebanyakannya sudah sedia maklum mengenai kaedah pembayaran melalui Google Pay ini. Ia kerana ia disediakan oleh Google dan sering digunakan untuk membeli di platform-platform Google seperti Play Store dan Google One.

Tinggalkan komentar