Satu lagi perkhidmatan tempahan makanan akan diperkenalkan di Malaysia iaitu ShopeeFood dari Shopee. Buat masa ini, perkhidmatan ini dijangkakan akan ditawarkan di kawasan sekitar Lembah Klang (Kuala Lumpur dan Selangor).
Perkhidmatan ini menyediakan kemudahan kepada pengguna untuk membuat tempahan makanan terus dihantar ke rumah.
Ianya sebelum ini pernah diperkenalkan di Indonesia dengan nama yang sama, ShopeeFood.
ShopeePay melalui halaman Facebook rasminya telah mengeluarkan iklan mencari rakan penghantar ShopeeFood di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Ini menunjukkan perkhidmatan ini bakal ditawarkan dalam masa yang terdekat ini.
Aktiviti perniagaan melibatkan perkhidmatan penghantaran pesanan makanan secara dalam talian ini bakal bertambah rancak melalui penglibatan ShopeeFood kelak. Antara perkhidmatan popular yang ditawarkan buat masa ini termasuklah GrabFood, FoodPanda, dahmakan dan sebagainya.


















