Akhbar dan penulis arus perdana hari ini seolah-olah tidak ngam dengan penulis dan bahan-bahan penerbitan Indie. Semalam kat kolum Siti Jarum dalam akhbar Mingguan Malaysia ada mention perkara yang sama. Benda ni, dah lama aku dok peratikan. Cuma, kekerapan serangan dari penulis mainstream terhadap golongan indie ni semakin hari semakin kerap.
Biasanya, kalau benda tu tak mendatangkan kesan, mungkin orang tak ambik tau. Mungkin, dari gaya promosi syarikat-syarikat penerbitan Indie ini yang menggunakan sepenuhnya media sosial, telah mencambahkan kembali minat membaca di kalangan anak-anak muda.
Tapi, apa pula kesan buruk yang penulisan indie ini boleh lakukan terhadap masyarakat?
Buatkan penggunaan bahasa Melayu dalam masyarakat jadi tunggang langgang? Aku rasa, sebelum kemunculan buku-buku Indie ni lagi, penggunaan bahasa Melayu pun dah memang caca-marba. Menteri sendiri pun cakap lingkup bila kena temuramah dengan wartawan.
At least, dengan meriahnya dunia penerbitan buku-buku di Malaysia dengan lambakan karya indie ini, dapat juga meningkatkan minat membaca di kalangan anak-anak muda. Sebelum ini, scene membaca buku dikalangan anak-anak muda memang amat jarang berlaku, terutamanya bagi anak-anak muda Melayu. Anak Melayu lebih gemarkan rempit berbanding membaca buku, kerana baca buku adalah aktiviti yang tak cool.
Mana nak cool kalau promote buku stail skema gaban macam iklan tahun 80’an dulu.  Itupun kalau ada promotion la kan. Entah la, buku-buku skema Dewan Bahasa dan Pustaka ni, ada promotion ke takda promotion ke, orang banyak dah tak ambik port.

17 KOMEN

  1. Aku pakai pen Faber Castell. Kaler biru. Dari dulu smp laa ni warna dan jenis pen yang sama. Kalau tengok buku nota aku, warna pen sama aje. Tak dapat nak bezakan zaman bila punya nota. Hahaha.

  2. Masalah kurang minat membaca ni mmg dah wujud sejak dari zaman kita sekolah juga.. time internet pun belum ada lagi.. bila org suka membaca dari sesuatu sudut tu, mcm2 dihentam kerana masalah bahasa. Sepatutnya golongan cendiakiawan termasuk arus perdana ni patut cari jalan baru & fikirkan dari sudut yg positif juga utk bantu mengikut arus zaman sekarang. Masalah menghentam penyalahgunaan bahasa ni mmg dah lama berlarutan.. masalahnya satu pihak yg banyak membaca kurang yg turun padang melihat dari sudut praktikal.. kalau profesor tulis, hanya golongan dia shj yg faham.. mmg bagus tapi mesej tak dpt sebaran menyeluruh.. hentam dari sudut teori mmg lah boleh.. tp org ramai nakkan maklumat tak kiralah mcmmana cara ia disampaikan asalkan mudah. Sekarangkan zaman teknologi maklumat.. takkan mereka tak faham kerenah & ragamnya.. wallahualam.

  3. bagus kupasan entri ini.. sememangnya penulisan indie itu ada pendapat mereka yang tersendiri.. sememangnya berlaku kerana kononnya penulisan indie hanya berunsurkan pendapat peribadi dan bukannya keseluruhan

  4. Pendapat kakak pulak kalau nak ikutkan penggunaan bahasa di akhbar sekarang pun ada juga rojaknya. Banyak perkataan bertujuan menarik pembaca utk membeli akhbarnya jua kian jelas sekarang. Perkataan seperti telanjang, bogel dgn sewenang-wenang terpapar.

    Apa pun selain sebagai motif utk jadi jarum halus memikat hati rakyat namun tak semua dpt dicapai kerana anak muda sekarang lebih peka dan punya pendirian kental. Ramai yg dah pandai membezakan yg mana menjadi pilihan mereka.

  5. Penulisan ni bagi aku, memang sepatutnya ada dua jenis pun, formal dan tak formal… mcm surat la, ada surat rasmi, ada surat tak rasmi… penulisan Indie tu ok, takdak masalah, sebab ianya satu bentuk penulisan tak rasmi yang menarik dan isi kandungannya boleh difahami… yg jd masalah besar ialah penggunaan bahasa dan ejaan perkataan gediks mcm “itew”, “sukew”, “kowunks”, “kitewr”, dan yang seangkatan dengannya… yang tu menjengkelkan… hahah

  6. Sebenarnya tak ada masalah pun rasanya. Itukan alternatif yang ada..kita tak boleh jadi terlalu rigid jika ingin maju..kena lebih kreatif..dunia sekarang pun dah lebih open..mainstream ni ramai pengikut sebenarnya. So itulah anatara cara nak tarik perhatian diaorang…

  7. agreed bro dengan point yang dikemukakan..tapi apa yang aku perasan buku2 indie semakin popular mungkin kerana content mereka yang kebiasaanya relate dengan real life and what’s happening around us..

    Regards,
    -Strider-

  8. biasa la.. ada kelebihan dan kekurangan.. tapi betul juga, saya setuju part sekurang-kurangnya, minat membaca dalam kalangan anak muda remaja boleh digarap.

Tinggalkan komentar