Demam yang bermula sejak Rabu minggu lepas, sudah mula menunjukkan tanda-tanda surut. Mulanya, aku sangkakan demam ini hanyalah demam biasa sahaja. Masuk pada hari kedua, otot-otot dan urat-urat mula berasa sengal dan lenguh-lenguh. Pening kepala yang dari mula aku demam sudah melanda, makin bertambah kuat. Otot belakang mata aku turut tidak terkecuali dari rasa sakit akibat demam tersebut.
abc.net
Hari Jumaat minggu yang sama, Hani turut sama demam. Keadaan ini berlanjutan hingga ke malam hari Sabtu. Aku pun terfikir, kalau dah lama sangat demam sampai tak kebah-kebah ni, penyakit apa pulak la yang dah terkena pada aku dan anak aku ni. Aku dah syak yang kami ni terkena denggi. Pada malam itu, berkat teknologi internet, aku menelaah simptom-simptom demam denggi. Antaranya;
  • Kebiasaannya demam akan terjadi pada hari ke tiga (3) hingga ke empat belas (14) selepas digigit oleh nyamuk yang dijangkiti, kebiasaannya di antara 4 hingga 7 hari.
  • Selalunya ia akan bermula dengan demam kuat yang mengejut, sakit kepala yang teruk/kuat, sakit pada bahagian belakang mata serta otot-otot dan sendi-sendi. Ruam merah di kulit juga boleh terjadi.
  • Demam ini boleh mencapai suhu 40 – 41 C, dan selalunya akan berlarutan selama 2 hingga 7 hari. Ia juga boleh menyebabkan serangan sawan dikalangan kanak-kanak di bawah umur 6 tahun. Sakit teruk pada tulang-tulang, otot-otot dan sendi-sendi. Demam denggi ini juga dikenali sebagai “breakbone fever“.
  • Ruam selalunya akan tumbuh pada hari ke 3 dan 4 selepas bermulanya demam.
  • Muntah dan kurang selera makan.
Besok, pagi Ahad tu aku dan anak aku pergi ke hospital untuk check darah. Doktor sahkan yang aku menghidap demam denggi. Namun, mungkin dek kerana jumlah pesakit denggi yang lebih kritikal terlalu ramai, kami hanya mendapat rawatan sebagai pesakit luar sahaja. Tiga hari berturut-turut aku berurusan dengan pihak hospital untuk update keadaan demam aku. Takat update ambik darah aje la, denggi ni bukannya ada ubat khusus untuk menyembuhkannya. Hari-hari aku datang hospital, doktor pesan benda yang sama je. Banyakkan berehat dan banyakkan minum air suam. Ubat yang diberi cuma paracetamol. Aspirin memang tidak dibenarkan sama sekali terutamanya bagi kanak-kanak di bawah 12 tahun.
Patutnya, hari ni aku kena pergi buat check up sekali lagi. Tapi aku nak buat petang ni sebab hari ni aku nak datang kerja. Lama sangat cuti sampai naik boring aku duduk kat rumah.

21 KOMEN

  1. laaa demam rupanya diaaa… denggi pulak tuu, adoii, bawak2 berehat weh, bagi kebah elok2 dulu, badan ada 1 ja, tak boleh ganti lain, huhuu…

    p/s: gua menabung di sini~ ^^

Tinggalkan komentar