Semakan UPUDulu, waktu lepas SPM, memang agak berdebar jugaklah waktu nak buat semakan UPU ni. Waktu tu, cara semakan ada dua cara je. Talian hotline atau pergi sendiri ke ibu pejabat Kementerian Pendidikan di Pusat Bandar Damansara. Aku duduk kat Batu Gajah waktu tu, so memang guna talian hotline aje la kalau nak semak pun.

Itupun, nak semak bukan senang. Line asyik engage aje.

Tak silap aku, petang tu baru aku tau yang aku tak layak pun nak masuk mana-mana IPT. Nak kata result SPM aku barai, tak jugak. Matematik aku dapat A2. Lain-lain semua kredit. Paling barai result aku cuma Kimia dengan Matematik Tambahan je, dapat 7D.

Mungkin salah pilih course kot.

Mak aku dah bebel-bebel kat aku sebab result SPM aku yang tak cukup power tu. Bapak aku cool aje. Mungkin, pada bapak aku, kalau tak masuk IPT pun, aku still boleh masuk askar lagi.

Arah tuju aku nak sambung belajar waktu tu cuma tinggal dua aje. Satu masuk Tingkatan 6 dan satu lagi masuk Politeknik. Pilihan yang baik juga sebenarnya, namun atas semangat persaingan tidak sihat yang digalakkan oleh makcik-makcik sedara sebelah mak aku, maka mak aku lebih seronok jika aku berjaya menempatkan diri di dalam mana-mana universiti awam utama di Malaysia waktu tu.

Tapi, entah bagaimana. Dah takda rezeki agaknya, rayuan kemasukan second intake aku ke UiTM pun ditolak. Mungkin aku ada tersilap isi form ke hapa ke aku tak pasti.

Last-last, aku stay kat Form 6 sampai ke hari peperiksaan STPM.

Aku tak rasa ralat pun tak dapat masuk IPTA masa lepas SPM tu. Tambah-tambah bila aku dah nampak kesan aku tak masuk IPTA dari segi kedudukan kewangan family aku.

Waktu tu memang kecewa jugaklah. Tapi, bila diingatkan semula, tak semestinya hajat kita yang tak tertunai tu akan memberikan kebaikan. Kadangkala, hajat yang tak tertunai itulah yang akan membawa kita kepada jalan yang kita tidak sangka-sangka.

Imej diperoleh dari Alumni MRSM Tawau

12 KOMEN

  1. early 2000 dulu manala kte dapat pendedahan sangat.yang kte tahu habis spm mesti masuk u.aku dulu dpt offer matrik terus accept. Tak pikir sgt option lain sebab results pun yg hado

  2. era awal 90an dahulu, lepas stpm kebanyakan kawan2 kak ana masuk maktab,susah sangat nak dapat tempat kat U, rezeki masing2 kan..paling tak tahan kena tunggu posmen hantar surat tawaran, isi borang ke hulu ke hilir minta sokongan,sekarang semua dihujung jari je…

  3. kisah saya pulak,masa tu fikiran mmg tgh melayang
    dok ingt kat SPM,tetiba turun jer dari bas silap step,
    terus tergolek kasut pulak tggi….eerrmmm apa lagi cepat2 bgn&(malu)
    teramat sgt…Alhamdulilah lulus juga SPM walau pun x brp cantik..
    Tahniah Matematik dpt A2

  4. Klu dulu, saat yg paling tension klu menunggu ialah sewaktu tengah hari… setiap kali bunyi motor je pasti mengharapkan abg posmen hantarkan surat. Penat tunggu hari2… suspen..

  5. Anak-anak sekarang sebenarnya sangat beruntung. Tak dapat masuk IPTA, masih banyak kolej/IPTS gabungan yang menunggu kemasukan mereka. Hendak belajar dengan tidak je.
    Elaun dapat malah kadang, belajar pun free.

Tinggalkan komentar