Anda kini boleh membuat semakan status bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) untuk semua warganegara Malaysia berusia 18 tahun dan ke atas sebanyak RM100 di laman web dan aplikasi mudah alih MyKasih.
Semakan senarai kedai-kedai yang menerima bantuan tunai ini juga boleh dibuat di laman web yang sama. Individu yang layak boleh menggunakan bantuan tersebut melalui MyKad bermula dari 31 Ogos 2025 sehingga 31 Disember 2025.
Tiada sebarang proses pendaftaran yang diperlukan untuk mendaftar program ini. Anda hanya perlu menunjukkan MyKad anda kepada pekedai ketika membuat pembayaran. Beberapa barangan boleh dibeli menggunakan bantuan tersebut seperti:
- Beras
- Roti
- Telur
- Minyak Masak
- Tepung
- Biskut
- Mi segera
- Minuman
- Makanan dalam tin
- Bahan perasa
- Produk kebersihan
- Ubat-ubatan
- Barangan sekolah
- Barangan kebersihan rumah