Wabak Coronavirus pada masa ini sedang merebak di beberapa negara di seluruh dunia dan sesetengah pengguna mungkin ingin mendapatkan maklumat mengenainya dengan lebih cepat dan tepat.

Center for Systems Science and Engineering dari Universiti John Hopkins telah membangunkan sistem dashboard dalam talian yang boleh diakses oleh semua pengguna. Sistem ini mengintegrasikan data-data dari Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Pusat-Pusat Kawalan Penyakit (CDC) di Amerika Syarikat, China dan Eropah dalam masa nyata.

Maklumat di dalam laman web berkenaan turut menyenaraikan jumlah kes Coronavirus semasa sama ada disyaki atau yang disahkan, pesakit yang sudah pulih dan juga kes yang menyebabkan kematian.

Encik Lauren Gardner yang mengepalai pasukan pembangun sistem dashboard ini menyatakan;

“The dashboard is intended to provide the public with an understanding of the outbreak situation as it unfolds, with transparent data sources.”

Pada masa ini adalah amat mustahak bagi pengguna mendapatkan maklumat-maklumat dari sumber yang sahih bagi mengelakkan salah faham dan juga menghindari penyebaran berita-berita palsu.

Teknologi dan penggunaan A.I. banyak membantu dalam menjejak penularan wabak Coronavirus. WHO mula mengesan wabak seakan-akan selesema ini pertama kali pada 9 Januari 2020 di China. Bagaimanapun platform pemantauan berkuasa A.I. Kanada yang dikenali sebagai BlueDot telah mengesan dan turut memaklumkan kepada WHO dan CDC mengenai penularan wabak ini seminggu lebih awal.

Untuk membuat semakan penularan wabak Coronavirus secara Online, layari laman web OPSDASHBOARD

Tinggalkan komentar