Home Kisah Anak Askar Selamat Hari Raya Aidilfitri

Selamat Hari Raya Aidilfitri

1948
13
Selamat Hari Raya Aidilfitri

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Kerepek ubi kayu adalah kuih raya kegemaran aku sejak dari kecik. Paling best jika ia disira pedas. Mak aku buat penuh satu bekas tin Milo tu pun aku boleh habiskan.

Sebelum era ‘kuih tunjuk-tunjuk’, mak aku dan mak-mak orang lain pada zaman aku memang rajin buat kuih raya sendiri. Jarang-jarang ada rumah yang hidangkan kuih beli kat tetamu. Hampir kesemuanya kuih homemade.

Mak aku paling senang nak buat kerepek ubi sebab masa duduk dalam kem dulu, kami memang ada tanam ubi kayu walaupun tinggal di rumah flat. Ubi kayu ni tentunya di tanam atas sebidang tanah kosong yang hampir dengan blok rumah pangsa kami. Takkanlah kami nak tanam ubi kayu pakai teknik hidroponik pula. Itu kerja bangang namanya.

Malam menjelang raya, aku selalu duduk kat rumah je dengan adik beradik aku. Nak main kat luar pun bukan ada siapa pun. Kebanyakan orang kem dah balik kampung. Kitorang je yang stay dengan family-family Iban lain kat blok tu. Lagipun, arwah atuk nenek aku, dua-dua belah, baik belah ayah dan mak aku dah takda dah. Tinggal rumah pusaka ajela kat Kuala Kangsar nun. Balik awal-awal pun ada apa sangat dah. Nak pergi Kuala Kangsar dari Ipoh bukan jauh mana pun. 45 minit boleh sampai.

Cuti balik kampung time raya ni, ayah aku bukan suka sangat lama-lama. Lagi lama, lagi banyak duit yang keluar. Habis merata semua tempat nak ziarah. Kena jugak bajet-bajet sikit belanja tu. Kang nanti tengah bulan sementara nak tunggu duit gaji masuk, wallet dah kempis.

Pada aku, kebahagiaan dan keseronokan Hari Raya bukan terletak pada material semata-mata seperti kuih-kuih pelbagai jenis, baju baru, langsir baru atau segala baru yang konon ‘perlu’ diganti sempena Raya. Ia terletak pada bagaimana kita menerima kehidupan kita ini seadanya.

Alhamdulillah, mak ayah aku tak didik aku dengan kemewahan material. Aku dapat terima Hari Raya Aidilfitri seadanya sejak dari kecik. Masa tu, dapat makan kerepek ubi kayu puas-puas pun dah cukup nikmat.

Sumber imej diperoleh dari Vectorise Forum

13 COMMENTS

  1. bagi orang yang raya kat KL macam aku plak setiap kali raya tak banyak beza…raya pertama jalan2 kat umah sedara yang ada kat KL dan raya kedua dah free dahh….Anyway, Selamat Hari Raya bro….

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.