4 Disember 1977 – Nahas pesawat yang paling buruk pernah belaku di Malaysia, apabila 100 orang penumpang dan anak kapal maut apabila pesawat MH653 terhempas ke kawasan paya bakau berhampiran Tanjung Kupang, Johor. Pesawat Boeing 737-200 tersebut dilaporkan telah dirampas dalam penerbangannya dari Lapangan Terbang Bayan Lepas ke destinasi Lapangan Terbang Subang. Kapten pesawat melaporkan kepada menara kawalan kejadian rampasan dari orang yang tidak dikenali pada jam 7.21 malam.
Beliau kemudian memberitahu menara kawalan bahawa telah dipaksa oleh pengganas untuk terbang ke Singapura, sebelum segala perhubungan terputus menjelang jam 8.15 malam. Antara mangsa di dalam nahas terbabit adalah Menteri Pertanian Datuk Ali Ahmad dan Duta Cuba ke Jepun, Mario Garcia. Punca kepada rampasan pesawat tersebut masih belum diketahui sehingga kini.
18 Disember 1983 – Penerbangan MH648 dari Singapura tergelincir dua kilometer dari landasan di Lapangan Terbang Subang. Kapten pesawat Airbus 300-B4 tersebut cuba mendarat dalam keadaan hujan lebat. Akibat dari gelinciran itu, pesawat tersebut telah menghentam beberapa batang pokok disekitarnya mengakibatkan kerosakan besar yang tidak dapat dibaiki. Tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan di dalam nahas berkenaan.
15 September 1995 – 34 maut apabila pesawat MH2133 terlajak sewaktu cuba untuk mendarat di Lapangan Terbang Tawau. Nahas terbabit mengakibatkan pesawat Fokker 50 itu terhempas ke kawasan penduduk setinggan yang tinggal berhampiran. Faktor landasan yang pendek turut menjadi salah satu punca kejadian.

15 KOMEN

  1. Assalammualaikum..

    Terima kasih atas perkongsian nie.. kejadian kapal terbang terhempas di tanjung kupang johor. mselim3 masih tu xder lahir lagi.. hehehe 4 dis 1977. Masa tu bekas menteri pertanian.. dato ali haji ahmad.. ada dalam pesawat tu..

    mselim3

    pls: kerana masalah penganas..

  2. kapalterbang mas yg terhempas di tanjung kupang sangat menyayukan hati…kesemua penumpangnya terkorban n kita doakan pesawat mas yg hilang 3 hari lalu ditemui selamat..in sya Allah..

  3. Tragedi yg lepas kini dlm lipatan sejarah
    Apa yg terjadi kini menjadi satu persoalan hingga kakak rasa semua dah ‘puzzle” jadinya..
    Mendengar ulasan seorg bekas kepten udara malam tadi membuka minda dan hati kakak. Kata beliau antaranya ‘kembali kepada Allah kerana semua di dunia ini milik DIA. kita memang boleh berusaha tapi dlm hal ini memerlukan doa dari hamba Allah yg soleh dan keluarga terlibat serta seluruah umat – bersama kita semua sedar utk kembali kejalan Allah.”

  4. Seluruh dunia mendoakan yang terbaek untuk MH370… semuga semua penumpang dan anak kapal selamat… insyaallah… kita tengok sehingga hujung minggu ini… harap2 ada perkabaran…

  5. tragedi di airport subang pada 1983 , kapal terbang tersebut telah terhempas di belakang rumah nenek sy dan telah mnyebabkan bahagian dapur rumah ranap , tu semua kenangan dan sejarah , huhu kampung melayu subang banyak tinggalan sejarah , dan sekarang sy menetap di taman subang baru 🙂 #prayforMH370

Tinggalkan komentar