Adakah peranti yang hebat boleh dipertingkatkan lagi keupayaannya?

Sebagai sebahagian dari sasaran membawakan teknologi berkelas dunia untuk menjadikan kehidupan lebih baik, Samsung kini membawakan keupayaan premium siri Galaxy S21 melalui Samsung Galaxy S21 FE 5G.

Telefon pintar serba boleh ini mampu memperkasakan pelajar dan para profesional muda dalam urusan kehidupan harian seperti pembelajaran, pekerjaan mahupun bermain.

8.00 pagi: Mulakan hari anda

Mulakan hari anda dengan jiwa yang tenang dan fikiran yang bebas. Sama ada bergerak ke tempat kerja, ke sekolah atau menulis nota rancangan harian di rumah, anda patut memulakan dengan langkah yang baik.

Misalnya, jika anda ingin menonton kandungan ringan bermanfaat ketika minum pagi, anda boleh melakukannya dengan cemerlang melalui Galaxy S21 FE 5G.

Sebagai sebahagian dari keluarga Galaxy, peranti ini menawarkan jalinan ketersambungan seluruh ekosistem Galaxy. Ketika sedang di dalam perjalanan ke destinasi, anda boleh menghubungkan Galaxy S21 FE 5G anda dengan Galaxy Buds2 untuk mendengar muzik hebat anda bagi meningkatkan motivasi diri. Anda juga boleh menggunakannya untuk menikmati kandungan yang bermanfaat dari TikTok.

9.00 pagi: Produktiviti, nama yang diberi

Di saat para pelajar dan para profesional muda mula menumpukan tugasan harian yang dipertanggungjawabkan, keutamaan pastinya pada produktiviti sepanjang hari tersebut.

Manfaatkan keupayaan Galaxy S21 FE 5G dengan menggunakan pelbagai aplikasi produktiviti secara serentak seperti Evernote, Microsoft Office, Zoom, Google Workspace dan juga emel anda sendiri.

Pemprosesan Okta-Teras 5nm 64-bit yang digunakannya mampu memastikan kesemua aplikasi anda dijalankan dengan lancar dan seterusnya membolehkan anda memberikan tumpuan untuk menyiapkan tugasan anda.

12.00 tengah hari: Layankan perkembangan terkini di media sosial

Selain mengenyangkan perut anda yang mula berkeroncong pada waktu ini, anda juga boleh menggunakan waktu makan tengah hari ini untuk merehatkan minda anda.

Jika anda berada di kampus bersama-sama rakan-rakan kuliah anda, anda mungkin boleh berseronok dengan trend-trend yang terkini di TikTok. Kamera bergred profesional pada Galaxy S21 FE 5G dapat membantu anda menghasilkan kandungan mengikut citarasa anda dengan lebih pantas dan mudah.

Selain dari penghasilan kandungan, anda juga boleh menggunakannya untuk mengambil gambar berkumpulan atau swafoto. Melalui kamera hadapan 32MP yang dilengkapkan dengan fungsi AI Face Restoration, anda boleh merakamkan detik indah bersama dengan lebih cantik.

Malah, paparannya beresolusi tingginya FHD+ Dynamic AMOLED 2X berukuran 6.4-inci ini juga dapat mempertontonkan kembali detik-detik indah tersebut dengan lebih berseri.

5.00 petang: Waktu rehat selepas pulang dari kerja atau sekolah

Ketika matahari mula turun ke ufuk senja dan anda mula menenangkan diri selepas seharian penat bekerja dan belajar, Samsung Galaxy S21 FE 5G anda masih lagi berbaki tenaga baterinya.

Sebelum anda pergi keluar semula untuk mendapatkan makanan, anda mungkin boleh mengecasnya semula dengan pantas melalui teknologi pengecasan Super Fast yang membolehkan anda mengecaskan bateri anda lebih dari 50% dalam tempoh 30 minit.

Ini bermakna, anda boleh menikmati permainan mudah alih di dalam Galaxy S21 FE 5G anda selepas makan malam. Anda juga boleh menikmati grafik permainan bebas lag melalui kadar respon sentuhan yang ditawarkannya sehingga 240Hz.

Galaxy S21 FE 5G, gandingan harian anda yang ideal dan boleh dipercayai

Soal keselamatan telefon pintar ini amat dititik beratkan melalui platform Samsung Knox yang berkeupayaan mengesan ancaman siber dan melindungi data peribadi anda sepanjang masa.

Galaxy S21 FE 5G juga memnawarkan fungsi Private Share yang membolehkan anda berkongsikan akses gambar dan video dengan kenalan anda mengikut tempoh yang anda tetapkan.

Boleh didapati di dalam empat pilihan warna yang lebih segar iaitu Olive, Lavender, White dan Graphite, telefon ini turut menyediakan kemasan berkabut pada permukaan belakangnya.

Promosi Aksesori dan Peranti Boleh Pakai

Sehingga 28 Februari 2022, anda berpeluang menerima potongan harga 30% bagi aksesori terpilih dan potongan 20% bagi peranti boleh pakai terpilih melalui setiap pembelian Galaxy S21 FE 5G.

Produk Barangan /Model Bentuk promosi

Aksesori Galaxy S21 FE 5G

Silicone Cover with Strap Dapatkan potongan 30% untuk aksesori terpilih dengan setiap pembelian Galaxy S21 FE 5G
Smart Clear View Cover
Clear Standing Cover
Silicone Cover
Slim Strap Cover
Galaxy Watch4 Classic Galaxy Watch4 Classic (46mm) Dapatkan potongan 20% untuk pembelian peranti boleh pakai terpilih dengan setiap pembelian Galaxy S21 FE 5G
Galaxy Watch4 Classic (42mm)
Galaxy Watch4 Galaxy Watch4 (44mm)
Galaxy Watch4 (40mm)
Galaxy Buds Galaxy Buds Pro
Galaxy Buds Live
Galaxy Buds2

Promosi Roaring Prosperity

Bersempena perayaan Tahun Baru Cina, sehingga 27 Februari 2022 anda boleh menikmati tawaran khusus untuk Samsung Galaxy S21 FE 5G.

Produk Ganjaran Penebusan
Galaxy S21 FE 5G Angpau e-Baucar RM68 Penebusan melalui Samsung Redemption Management System

Maklumat lanjut mengenai tawaran pelancaran Galaxy S21 FE 5G, kunjungi:

https://www.samsung.com/my/offer/mobile/galaxy-s21-fe-5g-launch/

Maklumat lanjut mengenai Promosi Roaring Prosperity CNY, kunjungi

https://www.samsung.com/my/offer/mobile/cny-2022/

Maklumat lanjut mengenai Samsung Galaxy S21 FE 5G, layari:

https://www.samsung.com/my/smartphones/galaxy-s21-5g/galaxy-s21-fe-5g/

Penafian: Advertorial dari Samsung Malaysia

Tinggalkan komentar