Disebalik berita tentang pengecilan kos operasi termasuk di Malaysia, Seagate membuat kejutan dengan mengumumkan penghasilan hard disk SSD berkapasiti 60 TB yang bakal hadir seawal awal tahun hadapan. Malah, pihak Seagate turut menyatakan kemampuan teknologi sedia ada mereka untuk menghasilkan SSD sebesar 100 TB.
Hard disk SSD berkenaan dipamerkan sempena Flash Memory Summit di Silicon Valley semalam. Jika Seagate benar-benar berjaya menghasilkan hard disk SSD berkapasiti 60 TB untuk pengeluaran massa, ia bakal memintas kapasiti maksimum SSD Samsung PM1633a sehingga hampir empat kali ganda.
Disasarkan kepada perusahaan seperti untuk kegunaan pelayan dan sebagainya, hard disk ini dijangkakan mampu memenuhi permintaan perkhidmatan storan awanan yang kian bertambah saban hari.
Menurut Seagate, pemacu SAS (Serial Attached SCSI) boleh dimuatkan pada slot storan pemacu hard disk perusahaan piawai, 3.5 inci. Tiada sebarang perincian teknikal disediakan pada pengumuman yang dibuat. Apa yang pihak kami tahu hanyalah pemacu ini dibina berdasarkan ”senibina fleksibel” yang boleh ditingkatkan sehingga 100TB pada faktor bentuk yang sama.
Sumber berita diperoleh dari Announcement














60TB terlalu besar. Kalau rosak menanggis