Utama Telco Astro Satelit MEASAT-3 dilaporkan hanyut di orbit geopegun tak terkawal; Dibimbangi terus hilang...

Satelit MEASAT-3 dilaporkan hanyut di orbit geopegun tak terkawal; Dibimbangi terus hilang kawalan

1264
0

Masalah yang dihadapi oleh satelit MEASAT-3 pada 21 Jun lalu yang menyebabkan gangguan siaran pada Astro dan juga perkhidmatan jalur lebar luar bandar CONNECTme dilihat kian memburuk.

Satelit dari pesawat Boeing 601 yang dilancarkan pada Disember 2006 lalu ini kini dilaporkan berkemungkinan akan hanyut di orbit geopegun dan dibimbangi hilang kawalan. Ia sepatutnya dijadualkan akan digantikan dengan MEASAT-3d pada tahun 2022.

MEASAT menerusi kenyataan yang dikeluarkan baru-baru ini menyatakan pihaknya masih lagi memerintah dan mengawal MEASAT-3. Walaubagaimanapun, perkhidmatan yang diuruskan sebelum ini kini diuruskan oleh satelit-satelit MEASAT yang berkongsi kedudukan dan satelit pihak ketiga lain yang menyediakan perkhidmatan di rantau yang sama.

Kumpulan satelit-satelit MEASAT ditempatkan di hot slot orbital 91.5 darjah Timur. Tetapi, MEASAT-3 telah mula menghanyut keluar dari posisi berkenaan pada 22 Jun lalu.

Menjelang 10 Julai, kedudukannya sudah berada di 86.4 darjah Timur dan semalam telah pun menghanyut lebih jauh lagi pada 84.69 darjah Timur. Menurut pakar, amat sukar sesebuah satelit untuk kembali pulih ke keadaan asal apabila sudah berada ke tahap hanyutan sejauh ini.

MEASAT-3 merangkumi kawasan Asia, Australia, Selatan Eropah, Afrika, dan Timur Tengah dengan jalur-C. Manakala Malaysia, Indonesia, dan Asia Selatan pula dirangkumi dengan jalur-Ku.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.