Sedaya upaya, aku cuba jadikan blog ini pada suatu hari nanti menjadi sumber pendapatan sampingan aku. Harapan untuk keluar dari putaran ganas kemiskinan masih lagi belum pudar.
Medium pekerjaan lain, buat sementara ini, aku lihat tidak begitu bersesuaian dengan keadaan aku. Baik pada segi fizikal, masa dan mental aku sendiri ada kekangan yang menghalang aku untuk memilih kerja sampingan lain.
Lagipun, pengalaman aku mendorong aku ke arah penulisan dan penghasilan karya.
Insya-Allah, aku akan melukis dan menerbitkan melalui medium blog secara lebih giat selepas ini.

12 KOMEN

Tinggalkan komentar