Samsung Wallet kini menawarkan penyelesaian dompet digital yang lebih lengkap kepada pengguna peranti Galaxy di Malaysia dengan menggabungkan fungsi pembayaran, perjalanan, hiburan dan ganjaran dalam satu aplikasi selamat. Aplikasi yang dilindungi keselamatan Samsung Knox ini membolehkan pengguna menyimpan kad kredit, debit dan prabayar untuk transaksi ketuk-dan-bayar di mana-mana tempat yang menerima pembayaran tanpa sentuh.
Bagi memudahkan perjalanan dan hiburan, pengguna boleh menambah pas masuk penerbangan dan tiket wayang terus ke dalam Samsung Wallet untuk daftar masuk dan kemasukan yang lebih lancar. Aplikasi ini turut menyokong penyimpanan kad kesetiaan dan keahlian, serta pendigitalan kad akses NFC yang serasi untuk memasuki rumah, pejabat atau gim.
Kerjasama Fiuu bawa Samsung Pay ke e-dagang tempatan
Samsung Pay telah diterima oleh pedagang dalam talian melalui Fiuu, pemproses pembayaran pertama di Malaysia yang membolehkan ciri ini. Pelancaran peringkat awal melibatkan 300 pedagang termasuk Al-Ikhsan Sports, A&W, Beacon Mart, Healthland dan Loudspeaker.
Samsung Wallet terus berkembang dengan keupayaan baharu yang direka untuk gaya hidup tempatan, termasuk perkongsian dengan Bank Islam yang membolehkan pemegang kad Bank Islam MasterCard menambah kad mereka dan memperoleh mata dengan setiap transaksi. Sebagai kempen pelancaran, Bank Islam menawarkan TruPoints tambahan kepada pelanggan yang berbelanja menggunakan Samsung Pay.
Pengguna juga kini boleh menambah tiket Golden Screen Cinemas (GSC) ke Samsung Wallet untuk akses pantas di pawagam, manakala pengembara boleh memasukkan pas masuk Malaysia Airlines terus dalam aplikasi bagi pengalaman perjalanan yang lebih mudah.
Promosi sehingga akhir tahun

Promosi untuk pengguna Samsung Wallet sedang berlangsung, antaranya Bank Islam Extra TruPoints (12 September hingga 31 Disember 2025) yang menawarkan ganjaran sehingga 5,000 Extra TruPoints.

Pemegang kad Public Bank Visa pula layak menikmati pulangan tunai 15 peratus dengan perbelanjaan minimum RM500 melalui Samsung Pay di bawah kempen “Tap & Be Rewarded” (8 Ogos hingga 31 Disember 2025).
Galaxy Voucher Center membolehkan penebusan e-baucar daripada TGV, ZUS Coffee, Celebrity Fitness dan pelbagai jenama lain menggunakan Samsung Rewards Points sehingga 31 Disember 2025.
Turut berlangsung ialah Galaxy Giveaway Contest (4 September hingga 30 November 2025) dengan hadiah bernilai RM11,481, promosi “Tasty Treats, Tastier Deals” dengan diskaun sehingga 50 peratus untuk makanan dan minuman, serta “Great Fun, Greater Savings” yang menawarkan diskaun sehingga 40 peratus untuk aktiviti dan pengalaman.
Samsung Wallet tersedia pada semua peranti Samsung Galaxy yang menyokong. Maklumat lanjut boleh diakses melalui aplikasi Samsung Wallet pada peranti atau laman web rasmi Samsung Malaysia.

















