Menerusi siaran penstriman langsung Unbox & Discover baru-baru ini, Samsung telah mengumumkan model 98-inci baharu untuk televisyen pintar premium Neo QLED 8K QN900C. Ia menampilkan ciri-ciri hebat seperti Auto HDR Remastering, Dolby Atmos dan Q-Symphony 3.0.

Turut diperkenalkan bersama-sama siri Samsung OLED 2023 S95C dan S90C yang dilengkapkan dengan Neural Quantum Processor 4K, dan seterusnya menjadikan ia OLED HDR pertama menerima pengesahan dari Pantone.

Samsung Neo QLED 8K TV 98-inci

Untuk pemain permainan video, Samsung turut memperkenalkan Odyssey NEO G9 yang merupakan monitor beresolusi dwi-UHD pertama di dunia. Juga di dalam siri yang sama, Samsung juga memeperlihatkan Odyssey Ark.

Memanfaatkan ciri Samsung Gaming Hub, platform ini turut mendapat kerjasama dari Amazon Luna, NVIDIA GeForce NOW, Utomik dan Xbox bagi membolehkan permainan awanan atau penstrimana dapat dimainkan tanpa perlu disambung dengan komputer atau konsol.

Untuk SmarThings baharunya, hab IoT (Internet of Things) dibina di dalam produk-produk Samsung bagi membolehkan sambungan dilakukan secara automatik dan segera.

Tambahan pula, melalui Home Connectivity Alliance, Samsung SmartThings boleh berfungsi dengan semua peranti yang menggunakan piawaian komunikasi IoT Matter. Cip Samsung Knox Vault di dalamnya pula memberikan perlindungan tambahan dari ancaman siber untuk peranti berkenaan.

Setakat ini masih belum diketahui pelancaran dan harga bagi produk-produk baharu tersebut di pasaran Malaysia. Bagaimanapun Samsung menyatakan kita boleh tunggu dan lihat mengenai pengumuman tersebut pada 18 April 2020.

Tinggalkan komentar