Samsung Electronics secara rasminya telah melancarkan TV LED premium Micro RGB baharunya yang dikatakan pertama di dunia yang menampilkan cahaya belakang RGB berskala mikro untuk paparan bersaiz 115-inci.

Teknologi Micro RGB Samsung mempunyai LED-LED bersaiz mikro 100µm yang setiap satunya mengawal warna merah, hijau dan biru.

“Micro RGB mencapai ketepatan yang tidak pernah dicapai sebelum ini dalam mengawal LED-LEG RGB bersaiz mikrometer, menaikkan taraf kejituan warna dan kontras di dalam paparan pengguna,” menurut Taeyong Son, Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pasukan R&D Bahagian Perniagaan Paparan Visual Samsung Electronics.

“Melalui pelancaran ini, kami menetapkan piawaian di dalam pasaran TV bersaiz besar, ultra premium dan meneguhkan tekad dalam inovasi paparan generasi berikutnya,”

TV baharu ini juga dikuasakan oleh Samsung Micro RGB AI Engine, menggunakan AI untuk mengoptimasikan sepenuhnya gambar dan bunyi. Lain-lain teknologi yang didatangkan pada TV Premium tersebut termasuklah:

  • Precision Colour
  • Teknologi Glare Free
  • Vision AI

Vision AI dikuaskan oleh AI generatif bagi membolehkan televisyen berkenaan menjadikan pengalaman penggunaan TV yang lebih diperibadikan.

TV Micro RGB ini juga mempunyai sekuriti Samsung Knox dan didatangkan bersama sokongan program naik taraf Tizen OS selama 7 tahun secara percuma. Ia bertujuan memberikan pengguna sokongan jangka masa panjang.

Selepas diperkenalkan buat pertama kalinya di Korea Selatan, televisyen ini seterusnya akan ke pasaran Amerika Syarikat, serta pasaran-pasaran global lain termasuk Malaysia.

Tinggalkan komentar