Utama Mobile Android One UI 8 Beta akan hadir ke Telefon Pintar Mercu Samsung 2024...

One UI 8 Beta akan hadir ke Telefon Pintar Mercu Samsung 2024 dalam minggu ini

109
0

Samsung Galaxy Z Fold 7 dan Z Flip 7 merupakan model-model pertama menerima One UI 8 yang berasaskan Android 16. Menurut Samsung, versi beta perisian tersebut telah diperluaskan ke siri Galaxy S25 dan kini model mercu keluaran tahun lepas akan menyusul dalam minggu ini.

Beta sistem operasi baharu ini akan tersedia untuk siri Galaxy S24, Z Fold 6 dan Flip 6. Bagaimanapun, ia hanya untuk peranti di Korea Selatan, Amerika Syarikat, UK, dan India. Tidak dapat dipastikan bilakah rantau lain akan menerima akses beta tersebut.

Kemaskini One UI 8 akan disediakan secara berperingkat ke peranti-peranti mercu berkenaan sehingga ke September ini. Ia akan disusuli oleh peranti mercu 2023 serta Galaxy A55, A54, A36 dan A35.

One UI 8 untuk Watch selain Galaxy Watch 8 juga akan dilancarkan tidak lama lagi, namun tiada model spesifik dinyatakan setakat ini.

Tinggalkan komentar