Samsung membawakan rekaan antaramuka mudah alihnya One UI 4 laptop  siri Galaxy Book yang menggunakan sistem operasi Windows. Perubahan rekaan baharu ini akan hadir di dalam aplikasi Windows Samsung seperti Samsung Notes, Samsung Gallery dan Samsung Settings.

Rekaan baharu ini diperkenalkan bagi menyelaraskan dengan rekaan antaramuka mudah alih Samsung pada telefon Androidnya yang terkini. Ia juga memudahkan antara kedua-duanya disegerakkan.

Aplikasi Samsung Settings juga telah diubahsuai bagi menyesuaikannya dengan perubahan rekaan pada Windows 11. Segalanya diberi nafas baharu termasuk ikon aplikasi, susun atur menu dan banyak lagi. Aplikasi Samsung Note juga mempunyai susun atur menu baharu, ikon yang dikemaskini dan juga folder dengan rekaan yang lebih segar.

https://www.youtube.com/watch?v=rTW7ec7UNJA

Tidak ketinggalan, aplikasi Samsung Gallery juga menerima perubahan dari One UI 4. Antara yang disediakan, mod gelap bagi disesuaikan dengan tema Windows 11.

Sungguhpun Microsoft telah membuat perubahan besar-besaran terhadap rekaan Windows 11, perubahan yang dibawakan oleh Samsung ini bakal memberikan antaramuka pengguna yang lebih mirip peranti mudah alih pada aplikasi Windows.

Antaramuka pengguna baharu ini dinamakan Samsung sebagai One UI Book 4 dan ia akan ditawarkan pada:

  • Galaxy Book Pro 360
  • Galaxy Book Pro
  • Galaxy Book Flex2
  • Galaxy Book
  • Galaxy Book Odyssey

Usaha rekaan dari Samsung pada Windows ini hadir selepas menjalinkan usahasama selama bertahun-tahun antara Microsoft dan Samsung. Pada asalnya, gandingan kerjasama ini bertujuan membawakan hubungan erat antara sistem operasi Android dengan Windows.

Ia seterusnya telah membuahkan hasil melalui integrasi aplikasi Your Phone pada Windows dengan peranti-peranti Samsung. Samsung juga mengintegrasikan sokongan OneDrive ke dalam aplikasi mudah alihnya. Selain dalam pada masa Microsoft mengoptimasikan aplikasi Office untuk peranti Samsung Galaxy Z Fold. Turut menerima manfaat kerjasama ini adalah penawaran khas Xbox Game Pass pada Android.

Tinggalkan komentar