Samsung Malaysia memperkenalkan televisyen Smart QLED 8K Q900 dan model-model QLED 4K lain ke pasaran tempatan. Bersempena pelancaran ini, Samsung turut menawarkan promosi bagi setiap pembelian televisyen berkenaan.
Berikut adalah senarai harga bagi televisyen QLED Samsung terbaru bersama-sama penawaran promosinya:
- RM 19,999: 75-inci Q75R – percuma Samsung Galaxy S10e
- RM 18,999: 65-inci Q90R – percuma Samsung Galaxy S10e
- RM 13,999: 65-inci Q75R – percuma Samsung Galaxy A5
- RM 7,999: 55-inci Q75R – percuma Samsung Galaxy Tab A
Untuk model Q60R yang berukuran 49 inci pula tidak ditawarkan dengan pemberian telefon pintar percuma. Sebaliknya, televisyen yang berharga RM 4,999 ini ditawarkan dengan harga promosi pada RM 2,999.
Walaubagaimanapun, promosi ini hanya terhad untuk pembelian 20 unit terawal sahaja. Promosi untuk model Q60R pula ditawarkan hanya untuk pembelian 200 unit pertama sahaja. Tempoh promosi ini akan tamat pada 7 April 2019
Pembelian juga boleh dibuat menerusi pihak portal membeli belah atas talian seperti Lazada, 11street, dan Shopee.
Maklumat lanjut, layari Samsung Malaysia













