Samsung Malaysia Electronic meraikan kembalinya Minggu Fesyen Kuala Lumpur (Kuala Lumpur Fashion Week, KLFW) menerusi siri Galaxy Z. Acara yang diadakan di Pavilion Kuala Lumpur ini meraikan kebangkitan semula industri fesyen di Malaysia.
Awal tahun ini, Samsung telah memperkenalkan Galaxy Z Fold 3 5G dan Galaxy Z Flip 3 5G yang membuka era baharu telefon pintar boleh lipat. Melaluinya, peranti berperanan memperkasakan pengguna menerusi ekosistem yang dibina berdasarkan fleksibility, keterbukaan dan inovasi.
Kemasukan baharu siri peranti yang dikenali sebagai Galaxy Z ini dibina dengan kehalusan buatan dan intuisi digital yang didambakan oleh peminat Samsung. Pastinya, kehalusan seni pembuatan ini dilakukan tanpa melupakan penambahbaikan penting yang melonjakkan kualitinya dari generasi terdahulu.
Dari rekabentuknya yang berani hinggalah sinerginya melalui Galaxy Ecosystem, Galaxy Z Fold 3 5G dan Z Flip 3 5G benar-benar membawakan perubahan gaya hidup, cara bekerja dan bermain kepada pengguna.
Bersempena dengan KLFW, satu ruangan khusus untuk Samsung Galaxy Z Experiential akan dibuka di Aras 3 Pavilion Kuala Lumpur (antara Pleats Please dan Giorgio Armani) sepanjang 3 – 7 November. Anda yang berminat boleh merasai pengalaman mencuba Galaxy Z Fold 3 5G dan Z Flip 3 5G di tangan sendiri.
Maklumat lanjut mengenai siri Galaxy Z, layari laman rasmi Galaxy Z Fold 3 5G dan Galaxy Z Flip 3 5G di Samsung Malaysia.













