Berminat untuk mengasah kemahiran mereka bentuk antaramuka dan pengalaman kepenggunaan (UI/UX) pada peranti?

Anda mungkin berminat untuk turut serta di dalam pertandingan hackathon terkini anjuran Samsung Malaysia bersempena Developer Day. Khusus untuk pelajar-pelajar institut pengajian tinggi, para peserta berpeluang memenangi produk-produk Samsung bernilai sehingga RM39,188.

Acara yang diadakan dengan kerjasama Taylor’s University dan Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR), hackathon Developer Day ini akan diadakan dari 14 hingga 15 Jun 2023 bertempat di REXKL, Kuala Lumpur.

Pelajar yang menyertai boleh menggunakan alatan-alatan Samsung dan Android bagi mempersembahkan idea meningkatkan (UI/UX) pada aplikasi yang boleh disesuaikan dengan teknologi paparan peranti boleh lipat.

Tiga pasukan yang layak dari enam pasukan yang bertanding untuk setiap hari sepanjang pertandingan akan dipilih. Pasukan-pasukan ini akan diberikan hadiah berbentuk produk Samsung terkini seperti hadiah utama Galaxy Z Flip 4. Untuk pemenang tempat kedua dan ketiga pula , masing-masing akan membawa pulang Galaxy Tab S8 dan Galaxy Watch 5 Pro.

Tinggalkan komentar