Sesetengah pihak mungkin berpendapat jualan telefon pintar sedang mengalami kemerosotan berikutan penularan wabak pandemik COVID-19. Namun, hal sebaliknya pula yang berlaku apabila jualan telefon pintar meningkat di seluruh dunia termasuk di Malaysia.
Hal ini disebabkan oleh keadaan lebih ramai penduduk di dunia duduk di rumah bagi memutuskan rantaian jangkitan berdasarkan saranan kerajaan. Oleh itu, pembelian telefon pintar ini dilihat bertujuan mempermudahkan orang ramai duduk di rumah.
Menurut sebuah badan penganalisis, Canalys telah merekodkan jualan telefon pintar di Malaysia sepanjang suku pertama 2020 telah diungguli Samsung.
Empat lagi mengikuti rekod jualan tertinggi di Malaysia adalah jenama dari China iaitu Vivo, Oppo, Realme dan Xiaomi. Jenama Realme mencatatkan peningkatan jumlah jualan tertinggi apabila meningkat sebanyak 406% berbanding tempoh yang sama pada tahun lepas.
Bagi jualan telefon pintar peringkat global pula, telefon-telefon dari Apple, Samsung dan Xiaomi mengungguli tempat 10 teratas jualan tertinggi.
iPhone 11 series took three spots in the Q1 2020 top ten smartphone models. iPhone 11, iPhone 11 Pro and iPhone 11 Pro Max accounted for 10% of global smartphone share. While @Samsung and @Xiaomi achieved four and three smartphones in the top ten respectively. pic.twitter.com/NuJzOcdtbI
— Canalys (@Canalys) May 7, 2020
Tempat pertama diduduki oleh iPhone 11 yang mencatatkan jumlah jualan sebanyak 18 juta unit. Bagi peranti Apple lain di dalam carta 10 teratas ini, iPhone 11 Pro Max menduduki tangga keenam. Manakala iPhone 11 Pro pula berada di tempat yang kesepuluh.
Telefon pintar keluaran Xiaomi, Redmi Note 8 dan Redmi Note 8T pula menghuni tangga kedua di belakang iPhone 11. Dua buah lagi model Redmi iaitu Redmi Note 8 Pro dan Redmi 8A, masing-masing berada di tangga kelima dan kesembilan.
Empat buah model telefon pintar keluaran Samsung menduduki tempat 10 teratas jualan telefon di seluruh dunia. Tiada satu pun model telefon pintar mercu Samsung menghuni carta tersebut. Model-model Galaxy A51, Galaxy A10s, Galaxy A20s dan Galaxy A01 didapati lebih banyak dijual sepanjang tempoh suku pertama tahun ini.













