Tahun lalu Samsung telah menyatakan komitmen menyediakan sokongan perisian selama 4 tahu bagi telefon dan tablet keluarannya. Sokongan tersebut melibatkan 3 kemaskini utama OS dan empat tahun kemaskini keselamatan.

Komitmen berkenaan turut meliputi sokongan untuk telefon pintar mercu serta peranti siri Galaxy A dan Galaxy M.

Kini, Samsung telah memberikan nilai tambah buat peranti mercunya dengan melanjutkan tempoh sokongannya. Ini bermakna, telefon pintar Samsung Galaxy S22 dan tablet Galaxy Tab S8 yang baharu dilancarkan akan menerima kemaskini Android dan keselamatannya selama lima tahun.

Memandangkan peranti-peranti berkenaan dimulakan dengan Android 12, berkemungkinan kemaskininya mampu sampai ke Android 16. Selain itu sokongan keselamatan terakhir yang bakal diterimanya adalah sehingga 2027.

Berita baik ini juga turut melibatkan pengguna-pengguna peranti mercu Samsung keluaran 2021. Sokongan perisian ini juga melibatkan kumpulan pengguna berkenaan. Ini bermakna peranti berkenaan dijangka menerima satu lagi kemaskini OS dan satu tahun lagi sokongan keselamatan.

Berikut adalah senarai peranti-peranti Samsung yang bakal menikmati sokongan perisian berkenaan:

Telefon pintar Galaxy S22

• Galaxy S22
• Galaxy S22+
• Galaxy S22 Ultra

Tablet Galaxy Tab S8

• Galaxy Tab S8
• Galaxy Tab S8+
• Galaxy Tab S8 Ultra

Telefon pintar boleh lipat Galaxy Z3

• Galaxy Z Fold3
• Galaxy Z Flip3

Telefon pintar Galaxy S21

• Galaxy S21
• Galaxy S21+
• Galaxy S21 Ultra
• Galaxy S21 FE

Maklumat lanjut mengenai kemaskini perisian dan kemaskini keselamatan, layari laman web rasmi Samsung dan Samsung Mobile.

Tinggalkan komentar