Memilih telefon pintar terbaik yang berbaloi dan sesuai mengikut peredaran zaman sentiasa menjadi keutamaan bagi setiap pembeli. Kini, anda berpeluang mendapatkan telefon pintar paling trendy masa kini, siri Samsung Galaxy Z menerusi plan telekomunikasi pilihan anda.

Anda boleh mendapatkan Galaxy Z Fold 3 5G dan Galaxy Z Flip 3 5G menerusi Celcom, DiGi, Maxis dan U Mobile. Pelan bersama-sama telefon pintar ini juga turut didatangkan bersama-sama pelbagai promosi dan tawaran menarik.

Pelan Celcom MEGA dengan Samsung Galaxy Z Fold 3 dan Galaxy Z Flip 3

Bukalah langkah harianmu dengan penuh gaya! Daftarkan Galaxy Z Fold 3 5G atau Galaxy Z Flip 3 5G baharu anda dengan pelan pascabayar Celcom MEGA.

Pilih sama ada Internet TANPA HAD atau Internet TERPANTAS dari RM98/bulan dan anda boleh mendapatkan penjimatan sehingga RM2,200 untuk Galaxy Z Fold 3 5G baharu anda.

Melalui internet tanpa had Celcom, anda boleh menikmati sambungan internet tanpa henti 24 jam di mana sahaja. Bayaran tanpa faedah dari serendah RM130 sebulan ini juga boleh didapati dengan Celcom EasyPhone. Tempahan boleh dibuat menerusi laman web rasmi Celcom.

Pelan DiGi PhoneFreedom365 dengan Samsung Galaxy Z Fold 3 dan Galaxy Z Flip 3

Digi juga menawarkan Galaxy Z Fold3 5G dan Galaxy Z Flip3 5G melalui PhoneFreedom365. Anda mempunyai pilihan mendaftar untuk mendapatkan peranti baharu dengan bayaran pendahuluan RM0, faedah bulanan 0% dan perlindungan tambahan telefon sepanjang 365 hari.

Boleh didapati dari RM122 sebulan untuk Samsung Galaxy Z Flip 3 5G dan RM199/bulan untuk Samsung Galaxy Z Fold 3 5G, anda boleh menikmati penjimatan sehingga RM1,923 untuk peranti baharu ini. Anda juga boleh mengakses ke seluruh internet berkelajuan tinggi dengan data sehingga 85GB bersama-sama panggilan tanpa had.

Untuk mendaftar, anda boleh mengunjungi DiGi Store Online atau mana-mana Digi Store dan Digi Store Express.

Samsung Galaxy Z Fold 3 dan Galaxy Z Flip 3 dengan pelan Maxis Zerolution

Maxis menawarkan  Samsung Galaxy Z Fold 3 dan Z Flip 3 5G melalui Maxis Zerolution untuk sehingga 36 bulan. Anda kini boleh menikmati faedah 0% dan penjimatan sehingga RM1,515 melalui pilihan ansuran 36 bulan atau 24 bulan.

Buka lembaran baharu dengan Galaxy Z Fold 3 dan Z Flip 3 5G sekarang dengan ansuran serendah RM69/bulan melalui Maxis Zerolution atau kedai-kedai Maxis berhampiran anda.

Dapatkan Samsung Galaxy Z Flip 3 5G dengan U Mobile UPackage

Bersiap sedia dengan 5G melalui Samsung Galaxy Z Flip 3 5G dari hanya RM129/bulan dengan pelan ansuran U Mobile UPackage. Melalui pelan ansuran ini, anda boleh menikmati ansuran 0% untuk tempoh 24 bulan.

Padankan peranti anda dengan pelan U Mobile Unlimited HERO P99 atau P139 untuk menikmati data berkelajuan tinggi tanpa had dan panggilan tanpa had ke seluruh rangkaian.

Anda juga dapat menerima penstriman kandungan HD tanpa had serta data hotspot untuk dikongsikan dengan yang tersayang sehingga 50GB. Layari laman web rasmi U Mobile untuk keterangan lanjut.

Makluamat lanjut mengenai Galaxy Z Fold 3 5G dan Galaxy Z Flip 3 5G boleh didapati menerusi laman web rasmi Samsung Malaysia.

Tinggalkan komentar