Samsung Malaysia baru-baru ini telah memperkenalkan promosi baharu khusus untuk peranti-peranti lipatnya, Samsung Galaxy Z Fold 3 dan Galaxy Z Flip 3. Kali ini, promosi baharu ini menyediakan aksesori Galaxy secara percuma berdasarkan peranti lipat pilihan anda.

Menerusi Galaxy Z Series Bundle Program, pembelian Z Fold 3 akan menerima Flip Cover bersama-sama S Pen Fold Edition bernilai RM339. Sokongan S Pen pada Z Fold 3 merupakan perubahan besar yang dibawakan pada siri Galaxy Z pada tahun ini.

Bagi pembelian Samsung Galaxy Z Flip 3 pula, anda akan menerima Galaxy Buds 2 yang berharga RM499. True wireless earbuds baharu ini dilancarkan bersama-sama telefon boleh lipat baharu Samsung pada tahun ini.

Bermula dari sekarang sehingga 31 Disember ini, Galaxy Z Series Bundle Program boleh didapati menerusi Samsung Malaysia E-Store serta kedai dalam talian Samsung di Lazada dan Shopee.

Model Harga Hadiah percuma
Samsung Galaxy Z Fold3 5G 512GB RM7,099 Percuma Samsung Galaxy Z Fold3 5G Flip cover dengan S Pen (Harga: RM339)
Samsung Galaxy Z Fold3 5G 256GB RM6,699
Samsung Galaxy Z Flip3 5G 256GB RM4,199 Percuma Samsung Galaxy Buds2 (RRP: RM499)
Samsung Galaxy Z Flip3 5G 128GB RM3,999

Tawaran ini juga boleh didapati di Samsung Experience Stores, Wakil Jualan Samsung yang sah, Senheng, Grand Senheng, SenQ, Urban Republic, Best Denki, Courts Malaysia, Harvey Norman, dan gedung-gedung AEON terpilih.

Tinggalkan komentar