Harga tablet mampu milik keluaran Samsung, Galaxy Tab A7 kini ditawarkan dengan harga RM 899. Penurunan sebanyak RM 100 berbanding harga asalnya sebelum ini iaitu RM 999.

Pengurangan harga ini sedikit sebanyak memberikan kelebihan buat pengguna yang ingin mendapatkan tablet yang berbaloi dengan harganya bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran di rumah ketika ini.

Sebelum ini Samsung Malaysia pernah menawarkan Galaxy Tab A7 pada harga RM 899 melalui satu promosi yang telah tamat pada 6 Jun lalu. Kini, melalui penawaran terbaru ini, harga tablet ini kekal pada RM 899.

Samsung Galaxy Tab A7 menawarkan paparan TFT WUXGA+ 10.4-inci dengan dikuasakan oleh cipset Snapdragon 662. Tablet ini juga menawarkan RAM 3GB dengan storan 32GB yang boleh diperluaskan sehingga 1TB melalui kad mikroSD. Bateri yang digunakan oleh tablet ini berkapasiti 7,040mAh dan boleh dicaskan melalui port USB-C.

Selain itu, turut disedakan sebuah kamera utama 8MP yang turut menyertakan sokongan auto fokus. Tidak ketinggalan, tablet ini menyediakan kuad pembesar suara dengan kualiti audio yang menyokong Dolby Atmos.

Produk Harga sebelum Harga baharu Penjimatan
Galaxy Tab A7 RM999 RM899 RM100

Bagi anda yang sedang mencari sebuah tablet pada harga yang berbaloi dengan spesifikasinya, Samsung Galaxy Tab A7 mungkin antara pilihan terbaik yang boleh anda pertimbangkan.

Tinggalkan komentar