Samsung telah mengumumkan tablet bajet baharunya Galaxy Tab A11 yang hadir dengan pelbagai varian. Tablet ini mempunyai paparan 8.7-inci WXGA+ (1,340 x 800) dengan kadar penyegaran semula 90Hz.
Galaxy Tab A11 yang dikuasakan oleh bateri 5,100mAh ini mempunyai kamera belakang 8MP dan kamera hadapan 5MP. Selain itu ia juga mempunyai Bluetooth 5.3, bicu audio 3.5mm dan slot kad mikroSD sehingga 2TB.
Ia tersedia dengan konfigurasi memori dan storan 4GB + 64GB dan 8GB + 128GB. Setiap satunya ini juga didatangkan dengan pilihan model Wi-Fi dan Wi-Fi + 4G LTE. Harganya pula adalah seperti berikut:
- Galaxy Tab A11 Wi-Fi (4GB + 64GB) – RM499
- Galaxy Tab A11 Wi-Fi (8GB + 128GB) – RM599
- Galaxy Tab A11 Wi-Fi dan 4G LTE (4GB + 64GB) – RM599
- Galaxy Tab A11 Wi-Fi dan 4G LTE (8GB + 128GB) – RM699
Dapatkan Galaxy Tab A11 Wi-Fi dan Galaxy Tab A11 W-Fi & 4G LTE di Samsung Malaysia.















