Samsung Galaxy S25 FE kini secara rasminya telah dilancarkan dengan beberapa maklumat awal mengenainya dari desas-desus didapati tepat. Telefon pintar peringkat menengah ini berupaya menawarkan beberapa ciri-ciri premium yang ada pada peranti mercu.

Dari segi paparannya, ia hadir dengan panel AMOLED 6.7-inci Full HD+ dengan kadar penyegaran semula 120Hz. Ia sama seperti yang dijangkakan di dalam ura-ura sebelum ini. Cuma untuk pemprosesannya sahaja yang kurang tepat maklumat awalnya yang mana telefon pintar ini menggunakan Exynos 2400 dan bukannya Exynos 2400e.

Pelancaran ini juga mengesahkan Galaxy S25 FE didatangkan dengan pilihan storan 256GB dan 512GB, serta RAM sebanyak 8GB. Begitu juga dengan bateri berkapasiti 4,900mAh dan pengecasan 45W.

Untuk pengimejan, disediakan tiga kamera di bahagian belakangnya yang terdiri daripada kamera utama 50MP, kamera bersudut lebar 12MP dan kamera telefoto 8MP 3x zum optikal. Dari segi perisian, ia menggunakan Android 16 melalui antaramuka One UI 8 yang turut memuatkan ciri-ciri AI baharu seperti Now Bar dan Now Brief.

Harga Samsung Galaxy S25 FE di Malaysia

Telefon pintar ini hadir dengan empat warna iaitu Navy, Icy Blue, Jet Black, dan White dan mula menemui pengguna pada 19 September 2025 pada harga seperti berikut:

  • Samsung Galaxy S25 FE RAM 8GB + storan 256GB – RM3,099
  • Samsung Galaxy S25 FE RAM 8GB + storan 512GB – RM3,699

Tinggalkan komentar