Utama Aksesori Earbuds Samsung Galaxy S25 FE dijangka akan dilancarkan pada 19 September ini

Samsung Galaxy S25 FE dijangka akan dilancarkan pada 19 September ini

116
0
Hann Mizan sedang tekun menggayakan Galaxy S24 FE baharu

Samsung Galaxy S25 FE kerap kali diperkatakan dalam tempoh beberapa bulan kebelakangan ini dan ia dijangka akan dilancarkan pada 19 September ini di Korea Selatan, menurut portal berita Fnnews.

Tambah laporan berita tersebut, ketidaktentuan tarif Amerika Syarikat serta ketepuan permintaan telefon pintar di pasaran dikatakan menjadi pelancarannya sedikit awal. Tahun lalu, model FE telah dilancarkan pada 26 September dengan tarikh jualannya bermula seminggu selepas.

Dalam perkembangan yang berkaitan, portal berita GSMArena melaporkan telah menemukan sebuah lagi peranti FE, Galaxy Buds 3 FE. Ia disenaraikan di laman web rasmi Samsung Amerika Latin sebelum halaman tersebut ditarik balik penerbitannya. Tiada sebarang spesifikasi diketemukan, namun harganya dicatatkan US$129 (~RM546).

Kemungkinan kedua-dua peranti ini akan dilancarkan bersama-sama pada bulan hadapan. Cuma ia bergantung kepada pengumuman rasmi dari pihak Samsung untuk menentukan tahap kesahihan maklumat ini.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.