Samsung Galaxy S25 Edge disahkan menggunakan kaca tahan lasak Corning Glass Ceramic 2 selepas desas-desus mengenainya tersebar di internet sebelum ini. Menurut Samsung, bahan paparan tersebut dipilih atas sebab kenipisan dan kekuatannya.

Ia mempunyai jalinan kristal yang terbenam di dalam matriks kaca tesebut bagi meningkatkan kelasakan dan keupayaan mencegak keretakan. Cuma setakat ini tidak dapat dipastikan sama ada ia memberikan perlindungan yang lebih baik daripada sebelum ini atau dengan tahap ketahanan yang sama dengan lapisan kaca yang lebih nipis.

Di atas permukaannya, Gorilla Glass Ceramic 2 diperbuat secara khusus untuk peranti-peranti nipis seperti Samsung Galaxy S25 Edge. Ia kemungkinan akan digunakan pada peranti-peranti nipis di masa hadapan.

Dalam pada masa yang sama, Samsung telah mengesahkan Galaxy S25 Edge akan dilancarkan secara dalam talian pada hari ini 13 Mei 2025. Sehingga itu, kita akan mengetahui dengan lebih mendalam spesifikasi telefon pintar nipis baharu keluaran Samsung ini.

Tinggalkan komentar