Utama Android Samsung Samsung Galaxy S23 dan Galaxy S23 Plus dijangka hadir dengan rekaan yang...

Samsung Galaxy S23 dan Galaxy S23 Plus dijangka hadir dengan rekaan yang diringkaskan

795
0
samsung-galaxy-s23-OnLeaks-KV

Baru-baru seorang pentiris maklumat tegar Steve Hemmerstoffer (juga dikenali sebagai OnLeaks) telah menerbitkan sejumlah imej pengolokan CAD yang didakwa sebagai Galaxy S23 dan Galaxy S23 Plus.

Berdasarkan imej pengolokan yang dikongsikan oleh beliau, didapati Galaxy S23 dan Galaxy S23 Plus hadir dengan rekaan yang sama. Hanya gambar pengolokan sahaja yang dikongsikan dan tidak banyak perincian spesifikasi yang dikongsikan setakat ini.

Selain menampilkan paparan yang rata, kedua-dua telefon pintar ini masih lagi dilihat mengekalkan ciri kerangka melengkung yang biasa terdapat pada siri Galaxy S. Panel belakangnya pula menerima rekabentuk semula dengan menampilkan susunan tri-kamera yang mirip dengan Galaxy S22 Ultra.

Hemmerstoffer turut mendakwa model standard Galaxy S23 kelak berukuran 146.3 x 70.8 x 7.6 mm dan menampilkan paparan berpenebuk lubang 6.1-inci. Manakala bagi model Plus pula, ia berukuran 157.7 x 76.1 x 7.6 mm dengan paparan berpenebuk lubang 6.6-inci.

Perkakasan dalamannya buat masa masih lagi tidak diketahui dengan kebanyakan pihak menjangkakan Samsung mungkin menggunakan cipset Snapdragon 8 Gen 2 atau Exynos generasi paling terkini mengikut pasaran.

Tambah Hemmerstoffer lagi, Samsung dijangka akan memperkenalkan siri Galaxy S23 sekitar Januari atau Februari 2023.

Tinggalkan komentar