Pentiris maklumat tegar di internet Ice Universe pada minggu lepas telah berkongsikan maklumat berkenaan ukuran siri Galaxy S23. Secara keseluruhannya ia dilihat lebih kurang sama dengan model S22.
Cuma, ia dilihat lebih besar sedikit dalam beberapa milimeter pada ketinggian dan kelebarannya. Kini, Ice Universe telah mendapat jawapan tentang dari mana datangnya tambahan 0.3mm berkenaan pada Galaxy S23.
Jawapannya terletak pada bingkai yang lebih tebal yang secara keseluruhan pada keempat-empat sisi sebanyak 0.15mm. Untuk ukuran saiz paparannya pula bagaimanapun masih lagi kekal pada 6.1-inci sungguhpun bingkai untuk model keluaran tahun hadapan dikatakan 0.3mm lebih tebal dari sekarang.
Bagi Galaxy S23+ pula ia dikatakan hadir dengan lebih ketinggian dan kelebaran sebanyak 0.4mm berbanding model tahun ini. Berkemungkinan besar tambahan 0.2mm berkenaan adalah pada bingkainya jika mengambil kira saiz paparannya adalah sama seperti model tahun ini iaitu 6.6-inci.
Seterusnya Galaxy S23 Ultra pula dikatakan tampil lebih besar sedikit iaitu +0.1mm pada ketinggian dan +0.2mm pada lebarnya dan mungkin ini adalah berkaitan dengan bingkainya.
Small difference between S22 and S23, Samsung widened all four bezels for the S23 by 0.15mm, it looks bulkier than the S22, I can't understand why Samsung does this, I have to again suspect that there is a spy inside Samsung. pic.twitter.com/KwdelDbHrF
— ICE UNIVERSE (@UniverseIce) September 15, 2022
Pertambahan sekitar 0.15mm pada saiznya ini mungkin tidak mendatangkan isu yang besar sungguhpun Ice Universe dilihat agak cerewet dalam hal bingkai yang kecil ini. Bingkai yang lebih besar mungkin membantu sesetengah pengguna untuk mengelakkan insiden menyentuh bahagian paparan lain secara tidak sengaja ketika menggunakan telefon pintar.













