Teknologi telefon pintar pada hari ini mampu melakukan pelbagai tugasan multimedia merangkumi fotografi dan juga videografi. Ia secara tidak langsung mampu menggantikan kamera digital dan tidak mustahil pada masa hadapan ia mampu menggantikan kamera video juga.

Samsung, antara pengeluar telefon pintar yang giat meneroka batas teknologi semasa baru-baru ini telah dilaporkan akan menambahbaik ciri rakaman video untuk siri Galaxy S23.

Pentiris maklumat popular di Twitter, Ice Universe telah memberikan gambaran siri Samsung Galaxy S23 mungkin akan hadir dengan sokongan rakaman video 8K pada kadar 30 FPS. Ini merupakan penambahbaikan dari siri Galaxy S22 yang hadir dengan sokongan rakaman 8K / 24 FPS.

Pun begitu, kadar bingkai 30 FPS ini mungkin tidak sesuai digunakan dalam semua keadaan. Ia lebih sesuai untuk digunakan bagi penstriman langsung untuk memberikan video yang lebih lancar. Rakaman 24 FPS pula lebih sesuai untuk rakaman yang memberikan kesan yang lebih sinematik.

Walaubagaimanapun, Ice Universe tidak menyatakan model Galaxy S23 mana yang menawarkan sokongan rakaman ini. Pada tahun ini Samsung menyediakan sokongan rakaman 8K / 24 FPS pada Galaxy S22 dan boleh jadi Galaxy S23 juga mungkin akan hadir dengan sokongan rakaman 8K / 30 FPS.

Tinggalkan komentar