Gabungan ciri-ciri terbaik dari siri Galaxy Note dan Galaxy S mampu menjadikan Samsung Galaxy S22 Ultra pilihan utama bagi para karyawan dan profesional.

Buat pertama kalinya, S Pen kini didatangkan bersama-sama di dalam telefon pintar siri Galaxy S. Membawakan kesemua ciri-ciri hebat bagi kegunaan mencatat nota dan melukis pada telefon, S Pen kini hadir dengan kependaman lebih rendah sebanyak 70%.

Galaxy S22 Ultra menawarkan paparan yang amat imersif menerusi skrin adaptif 120Hz Dynamic AMOLED 2X 6.8-inci. Segala yang dipancarkan tampil nyata lebih jelas dengan paparannya yang terang dengan kecerahan maksima 1,750 nits.

Sama ada anda ingin berkongsi di media sosial atau sesama keluarga, mengambil foto atau video pada waktu siang atau malam kini lebih mudah.

Bergandingan dengan ciri kamera pintar seperti Nightography untuk mengambil foto dalam keadaan malap, dan juga keupayaan menyunting foto berformat RAW, anda kini mampu menjadikan foto yang anda ambil lebih menyerlah mengikut citarasa anda yang tersendiri.

Sesuai dengan kelasnya selaku telefon pintar mercu, Galaxy S22 Ultra didatangkan dengan kaca yang mewah dan tahan lasak. Model telefon pintar ini juga menawarkan empat pilihan warna klasik berinspirasikan alam semulajadi iaitu Phantom Black, Phantom White, Green dan Burgundy.

Spesifikasi Samsung Galaxy S22 Ultra

Bermula dari 10 Februari sehingga 3 Mac 2022, anda boleh melakukan pra-tempahan Samsung Galaxy S22 Ultra 5G dan nikmati ganjaran eksklusif bernilai sehingga RM1,317.

Model Harga Warna Cenderahati eksklusif
Samsung Galaxy S22 Ultra 5G 512GB RM 5,899 Phantom Black, Phantom Silver, Green, Burgundy • e-baucar Samsung.com (“e-baucar Pra-Tempahan”) bernilai RM800

• Galaxy S22 Ultra 5G Silicone Cover dengan Strap bernilai RM169

• 1x Lucky Box (1x strap lebar untuk Silicone Cover dengan Strap) bernilai RM79

• 1x Galaxy X LAMY Safari Twin Pen, bernilai RM269

Samsung Galaxy S22 Ultra 5G 256GB RM 5,499
Samsung Galaxy S22 Ultra 5G 128GB RM 5,099

Pra-tempahan boleh dibuat di Samsung Experience Store, Rakan Niaga Samsung yang sah dan Samsung Malaysia Online Store.

Untuk melakukan pra-tempahan peranti Galaxy terkini, layari pautan berikut:

Maklumat lanjut mengenai tawaran menarik pra-tempahan ini, kunjungi: https://www.samsung.com/my/offer/mobile/galaxy-preorder-2022/

Advertorial dari Samsung Malaysia

Tinggalkan komentar