Maklumat terkini berkenaan telefon pintar keluaran Samsung yang akan datang mengatakan Samsung Galaxy S22 Ultra akan hadir dengan kamera Olympus 200MP sebagai kamera utamanya.
Laporan ini diterima dari Pulse News yang memetik sumber dari pelbagai industri di Korea Selatan. Menurut sumber tersebut, pengeluar kamera dari Jepun, Olympus telah menghubungi Samsung untuk menjalinkan kerjasama.
Samsung dilaporkan telah bersetuju untuk bekerjasama dan Galaxy S22 Ultra kelak akan menampilkan sebuah kamera dengan 5 lensa Olympus dengan salah satunya mempunyai sensor 200MP.
Turut dilaporkan Galaxy S22 Ultra akan menyokong aksesori S Pen. Namun, tidak dipastikan sama ada aksesori ini akan didatangkan bersama-sama pembelian telefon pintar ini atau secara berasingan.
Setakat ini tidak dapat dipastikan kesahihan laporan ini memandangkan pihak Samsung masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung perkembangan ini. Dijangkakan Samsung akan mengumumkan Samsung Galaxy S22 Ultra selewat-lewatnya penghujung tahun ini.
Imej cover adalah imej pengolokan dari LETSGODIGITAL













