Selepas kejayaan Samsung Galaxy Note 20 pada tahun 2020, sesetengah peminat Samsung mungkin kecewa apabila mengetahui tiada model Galaxy Note baharu pada tahun lepas.
Bagaimanapun, gergasi elektronik dari Korea Selatan ini telah memahami dengan jelas tentang apa yang dimahukan oleh para peminatnya. Oleh itu, menerusi Galaxy S22 Ultra, telefon dari siri Galaxy S22 ini hadir dengan segala apa yang terbaik dari Galaxy Note dan digabungkan dengan kecemerlangan siri Galaxy S.
Perubahan besar yang utama pada Galaxy S22 Ultra pastinya pada ciri rekabentuknya. Rekaan Galaxy S22 Ultra yang tipis dan kerangkanya yang ringan diilhamkan dari peranti-peranti Galaxy Note yang terdahulu.
Reka bentuk berkenaan telah dioptimumkan bagi penggunaan Note yang lebih moden melalui S-Pen terbina dalam pada Galaxy Ultra S22. Antaranya, rekaan sudut yang lebih menonjol dan berbucu seperti kebiasaan pada siri Galaxy Note, namun dengan nafas baharu.
Paparan dan rekaan yang lebih premium
Samsung Galaxy S22 Ultra juga memiliki paparan yang paling besar dan premium yang pernah ditawarkan pada telefon pintar Galaxy setakat ini. Kesinambungan kecemerlangan Galaxy Note diteruskan melalui paparannya yang terang melalui QHD+ Dynamic AMOLED 2X berukuran 6.8-inci dengan berbucu melengkung.
Pada bahagian belakangnya pula, ditempatkan lima buah kameranya yang disusun dengan penuh gaya dan elegan. Kamera yang dimaksudkan mengandungi kamera utama 108MP, kamera ultra lebar 12MP dan lensa telefoto 10MP 3x yang ditempatkan di atas lensa telefoto 10MP 10x. Disekeliling lensa kamera-kamera berkenaan diberikan kesan cermin bagi memberikan pengguna rekaan kamera yang lebih sofistikated.
Segala kecantikan ini diadunkan ke dalam casis yang ditawarkan dengan warna-warna pilihan nirwaktu seperti Phantom Black yang klasik atau Phantom White yang penuh gemalai. Untuk anda yang memilih warna yang lebih neutral, pilihan warna Green mungkin lebih cocok buat anda. Atau, bagi yang ingin mendapatkan citarasa yang lebih elegan, anda mungkin boleh melihat pada pilihan warna Burgundy.
Coretkan idea bernas anda dengan S Pen
Satu lagi perubahan besar lain yang dibawakan oleh Samsung pada Galaxy S22 Ultra adalah pada pena stylus S Pen yang ‘disorokkan’ di dalam bekas penyimpanan khas di sebelah bawahnya.
Melalui kadar kependamannya yang rendah 2.8ms, menulis dan melukis menggunakan S Pen kini dapat dirasakan lebih lancar seakan melukis menggunakan pena tradisional sebenar.
Anda juga dapat mencoretkan idea anda dan juga menyegerakkan jadual di dalam kalendar anda melalui aplikasi Samsung Notes baharu. Kini curahan idea dan juga aturan rutin harian lebih mudah dicatatkan terus ke bentuk digital melalui Samsung Galaxy S22 Ultra.
Terlanjur kita bercerita mengenai coretan idea ini, segala idea kreativiti anda juga dapat diterjemahkan dengan lebih baik melalui gabungan penggunaan Samsung Galaxy S22 Ultra dan Galaxy Tab S8.
Melaluinya, anda boleh menjadikan Samsung Galaxy S22 Ultra anda sebagai paparan sekunder bagi memudahkan anda mencoretkan idea anda ke bentuk seni digital.
Kuasa pemprosesan Qualcomm Snapdragon 8 Gen 1
Apalah makna sesebuah telefon pintar tanpa cipsetnya. Ciri-ciri premium Samsung Galaxy S22 Ultra diperkukuhkan lagi dengan penggunaan pemprosesan mercu Qualcomm Snapdragon 8 Gen 1. Ia menawarkan kuasa pemprosesan yang amat stabil bagi pelbagai tujuan, baik dari permainan mudah alih mahupun tugasan-tugasan berat seperti suntingan video.
Samsung Galaxy S22 Ultra juga menampilkan kuasa pemprosesan AI termaju yang pernah ditawarkan pada mana-mana peranti Galaxy terutamanya dalam pembelajaran mesin. Secara perbandingan, kuasa pemprosesan AI yang ditawarkannya adalah dua kali ganda dari Galaxy S21.
Pra-tempahan Samsung Galaxy S22 dibuka sekarang
Bagi anda yang berhasrat ingin mencari pengganti buat Galaxy Note anda, Galaxy S22 Ultra adalah pilihan terbaik untuk anda sekarang.
Bersempena pelancarannya baru-baru ini, Samsung menawarkan pelbagai hadiah dan tawaran eksklusif sehingga RM 1,317 untuk anda yang membuat pra-tempahan siri Galaxy S22 ini.
Ganjaran tersebut merangkumi e-baucar bernilai RM 800 yang boleh digunakan bagi pembelian Galaxy Watch, Galaxy Buds dan aksesori terpilih di kedai dalam talian Samsung Malaysia. Turut ditawarkan Lucky Box (Wide Strap) bernilai RM 79 dan Silicon Cover dengan Strap bernilai RM 169.
Khusus untuk anda yang membuat pra-tempahan Samsung Galaxy S22 Ultra, anda akan menerima LAMY Safari Twin Pen bernilai RM269. Buat anda yang melakukan pra-tempahan Samsung Galaxy S22 dan S22 Plus pula, anda turut menerima hadiah menarik berbentuk Camera Filter Mount bernilai RM169.
Berikut adalah senarai harga bagi setiap model Samsung Galaxy S22 mengikut konfigurasinya:
- Samsung Galaxy S22 5G 128GB — RM3,499
- Samsung Galaxy S22 5G 256GB — RM3,699
- Samsung Galaxy S22+ 5G 128GB — RM4,099
- Samsung Galaxy S22+ 5G 256GB — RM4,299
- Samsung Galaxy S22 Ultra 5G 128GB — RM5,099
- Samsung Galaxy S22 Ultra 5G 256GB — RM5,499
- Samsung Galaxy S22 Ultra 5G 512GB — RM5,899
Pra-tempahan Galaxy S22 Ultra telah dibuka sekarang menerusi Samsung Malaysia di pautan berikut: https://www.samsung.com/my/smartphones/galaxy-s22-ultra/buy/
Pra-tempahan Galaxy S22 dan S22 Plus juga boleh dibuat menerusi Samsung Malaysia di pautan berikut: https://www.samsung.com/my/smartphones/galaxy-s22-ultra/buy/
Advertorial dari Samsung Malaysia













