Samsung akan mengadakan acara Galaxy Unpacked pada bulan depan, menurut kenyataan media Presidennya, Dr. TM Roh. Menerusi kenyataan tersebut, beliau turut mengesahkan tiada lagi siri Galaxy Note selepas ini.

Menurut beliau, ciri-ciri unik Galaxy Note akan dibawakan ke siri Galaxy S, terutamanya pada model Ultra. Antara ciri yang dijangka akan dibawakan ke model Ultra berkenaan termasuklah pena stylus terbina dalam dan ciri-ciri produktiviti.

Ketiadaan siri Galaxy Note pada tahun lepas telah mengecewakan sebahagian peminat-peminat siri tersebut. Hal ini telah diambil maklum oleh Samsung dan menurut Dr. TM Roh, pihaknya mengambil kira perkara ini untuk menambahbaik siri Galaxy S yang akan datang.

 

With every fresh evolution of Samsung Galaxy devices, we have introduced features that redefine the entire mobile category. And we’re about to rewrite the rules of industry once again.

At Unpacked in February 2022, we’ll introduce you to the most noteworthy S series device we’ve ever created. The next generation of Galaxy S is here, bringing together the greatest experiences of our Samsung Galaxy into one ultimate device.

With it, you will own the night — taking the best and brightest photos and videos you’ve ever captured with a phone. You will also dominate the day with power, speed and tools that can’t be found elsewhere. You will enjoy cutting edge-innovations made possible thanks to the smartest Galaxy experience yet. All while feeling good about being part of the most sustainable Galaxy ecosystem. And, yes, you will help Samsung rewrite the future of smartphones once again.

Get ready for the ultimate Ultra experience.

https://youtu.be/W_kk-AfcbNI

Jangkaan peminat terhadap Galaxy S22 Ultra

Pada tahun lepas, siri Galaxy S21 telah mengambil sebahagian dari ciri Galaxy Note dengan menyertakan sokongan S-Pen. Melalui desas-desus yang tersebar mengenai S22 baru-baru in, model Ultra siri berkenaan didapati lebih mirip dengan siri Note. Ia juga dikatakan akan dilengkapkan dengan tempat menyimpan S-Pen.

Dijangkakan lebih banyak maklumat mengenai Samsung Galaxy S22 Ultra bakal diketahui di dalam acara Samsung Galaxy Unpacked pada Februari ini. Cuma masih tidak diketahui tarikh dan masa ia akan dilangsungkan kelak.

Tinggalkan komentar