Utama Teknologi Samsung Galaxy S21 5G boleh dibeli dengan diskaun RM 500 sehingga 31...

Samsung Galaxy S21 5G boleh dibeli dengan diskaun RM 500 sehingga 31 Ogos ini

601
0

Siri telefon Samsung Galaxy S21 5G kini sedang menawarkan rebat promosi diskaun RM 500 sehingga 31 Ogos ini. Bagi anda yang berminat untuk mendapatkannya, ini merupakan peluang terbaik anda untuk mendapatkannya.

Penawaran ini diberikan untuk semua jenis model berkenaan iaitu Galaxy S21, Galaxy S21+ dan Galaxy S21 Ultra bersempena bulan kemerdekaan ini. Kesemua model ini ditawarkan di Samsung Experience Store, wakil jualan yang sah dan juga kedai-kedai dalam talian rasmi selagi stok masih ada.

Samsung Galaxy S21 5G menawarkan paparan yang bersaiz 6.2-inci, dan ia dianggap ‘kecil’ dari segi saiz berbanding rekaan telefon pintar Android lain ketika ini. Telefon ini ibarat kecil-kecil cili padi kerana mampu memberikan prestasi mengkagumkan melalui penggunaan cipset Exynos 2100.

Manakala untuk anda yang inginkan paparan yang lebih besar, anda boleh melihat pada Galaxy S21+ dan Galaxy S21 Ultra iaitu 6.7-inci. Selain itu Galaxy S21 Ultra menawarkan sokongan S-Pen terutamanya bagi anda yang merindui siri Galaxy Note.

Model Harga jualan biasa Harga Promosi (Selepas rebat RM500)
Galaxy S21 5G (8GB+128GB) RM3,499 RM2,999
Galaxy S21 5G (8GB+256GB) RM3,699 RM3,199
Galaxy S21+ 5G (8GB+256GB) RM4,299 RM3,799
Galaxy S21 Ultra 5G (12GB+256GB) RM5,299 RM4,799
Galaxy S21 Ultra 5G (16GB+512GB) RM5,899 RM5,399

Penafian: Advertorial dari Samsung Malaysia

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.