Samsung telah mula menerbitkan kemaskini untuk Android 10 dan antara muka One UI 2 untuk pengguna Galaxy Note 9 di Malaysia. Kemaskini ini hadir sebulan selepas ianya mula ditawarkan untuk telefon pintar mercu angkatan yang lebih baru iaitu Galaxy S10 dan Note 10.

Dikenali dengan nama versi firmware N960FXXU4DSL, kemaskini ini turut ditawarkan di rantau-rantau lain tidak berapa lama sebelumnya. Kemaskini ini bersaiz 1896.89MB dan boleh dimuat turun secara over-the-air (OTA).

Antara fungsi baru yang diperkenalkan melalui kemaskini ini termasuklah mod Dark yang terbaru selain dari animasi yang lebih lancar dan pengenalan gerakan isyarat yang baru.

Bagi anda yang memiliki Galaxy Note 9, anda mungkin sudah mula mendapati kemaskini ini telah sedia untuk dimuat turun. Bagaimanapun, sesetengah pengguna mungkin perlu menunggu sedikit masa lagi kerana Samsung menyediakan kemaskini ini secara berperingkat.

Sumber berita diperoleh dari Android Authority

Tinggalkan komentar