Lebih kurang selepas sebulan sahaja dilancarkan, Samsung Galaxy Note 8 kini mengalami pengurangan harga jualannya. Berbanding harga asal yang ditawarkan iaitu RM3,999, ia kini ditawarkan pada RM3,478.
Galaxy Note 8 merupakan salah satu telefon pintar Android terbaik yang dikeluarkan pada tahun ini. Popularitinya turut dibantu oleh dari penerimaan pengguna terhadap Samsung Galaxy S8 dan juga faktor masalah yang menyelubungi Galaxy Note 7 yang dilancarkan pada tahun lepas. Cumanya, untuk nilai RM3,999 sebuah, harganya adalah terlalu tinggi sungguhpun dengan spesifikasi canggih yang diberikannya.
Pengurangan harga pada Samsung Galaxy Note 8 ini boleh didapati melalui portal jualan atas talian popular seperti di Lazada yang kini menawarkannya pada RM3,478. Harga yang ditawarkan ini lebih rendah berbanding harga yang ditawarkan oleh sesetengah laman jualan atas talian lain sewaktu kempen MYCyberSale pada awal bulan ini.
Pada julat harga bawah RM3,500 ini, Galaxy Note 8 bakal bersaing dengan telefon-telefon pintar seperti iPhone 8 Plus dan Huawei Mate 10.













