Samsung Malaysia telah mendedahkan akan mula membuka pra-tempahan untuk Samsung Galaxy Note 8 pada 5 September ini. Ia selaras dengan tarikh pelancarannya di seluruh dunia yang akan bermula pada 15 September. Setakat ini tidak dapat dipastikan pakej apa yang akan disertakan bersama untuk pembelian pra-tempahan telefon pintar tersebut.

Dari segi spesifikasi, Samsung Galaxy Note 8 menawarkan paparan Infinity Super AMOLED 6.3-inci dengan resolusi Quad HD+ (2960 x 1440), skrin paling besar yang pernah ditempatkan pada telefon pintar Galaxy Note semenjak siri ini diperkenalkan pada 2011. Boleh didapati dengan pilihan storan dalaman 64GB, 128GB, atau 256GB, telefon pintar baru Samsung ini turut didatangkan bersama RAM 6GB – kapasiti paling besar yang pernah ditawarkan pada telefon pintar Samsung setakat ini.

Apalah maknanya Samsung Galaxy Note jika tanpa S Pen. Oleh yang demikian, S Pen yang didatangkan bersama telefon pintar Samsung terbaru ini memiliki mata yang lebih halus berserta tahap sensitiviti tekanan yang lebih baik dari yang versi yang didatangkan dengan Samsung Galaxy Note 5 dahulu.

Lengkap dengan penarafan IP68 bagi ketahanan habuk dan air, Galaxy Note 8 yang baru turut didatangkan bersama tetapan dwi-kamera, yang salah satunya kamera dwi-piksel fokus auto bersudut luas 12MP f/1.7 dan kamera telefoto 12MP f/2.4. Kedua-duanya dilengkapi dengan penstabil imej optikal. Untuk lensa telefoto berkenaan, ia mampu menyediakan zum optikal 2x dan zum digital 10x. Bagi kamera hadapannya pula, ia menawarkan kamera fokus auto 8MP f/1.7 yang sama dengan Galaxy S8.

Lain-lain ciri yang ditawarkan oleh Samsung Galaxy Note 8 ini termasuklah bateri 3,300 mAh dengan pengecasan pantas Qualcomm QuickCharge 2.0 bersama-sama piawaian pengecasan tanpa wayar WPC dan PMA. Telefon pintar Samsung terbaru ini menggunakan Android 7.1.1 (pra-pasang).

Sama seperti Galaxy S8, Galaxy Note 8 menawarkan tiga jenis ciri perlindungan keselamatan biometrik iaitu penderia cap jari, iris dan pengecaman wajah.

Samsung Galaxy Note 8 didatangkan dengan empat pilihan warna, Midnight Black, Orchid Grey, Maple Gold, dan Deepsea Blue. Pengguna yang berminat untuk melakukan pra-tempahan bagi telefon pintar Samsung terbaru ini, bolehlah melayari pautan ini untuk maklumat lanjut.

26 KOMEN

  1. bagi aku lebih baik pergi sign plan dekat celcom, boleh bayar sedikit sedikit setiap bulan, takyah nak bayar full satu kali. lagipun ada jugak banyak data boleh guna

    • saya baru sign yang celcom easyphone tu. plan tu memang berbaloi, ada banyak jenis pon yang boleh pilih, tak kisah iphone, huawei, samsung ataupun oppo.

  2. Plan ni dah lama kan… dah 2018 tunggu plan baru mesti kelaur dan lagi berbaloi…
    samsung edge 8 pun cantik, x tahu nak beli mana satu ni…

    • Macam dia org dah kata, skrg ni celcom ada EasyPhone tu mmg tolong byk org yg x mampu beli samung baru and iphone… skrg dgn pomosi ini semua blh tukar phone senang…

      • mcm mana blh tolong? masih kena bayar la… iphone mmg mahal sgt…
        aku nampak celcom tu hanya bagus x perlu bagi down payment, jika x silap blh buat ansuran bayaran…

    • tengah tunggu ni, takut nanti dah ambik plan ni ada lagi yang lebih baik. biasanya digi ke maxis nampak plan celcom ada keluar yang lagi berbaloi

    • diorang kata ni tak de kontrak. lebih baik kau gi center celcom tu tanya betul-betul. tapi biasa beli pon mahal-mahal ni guna yang kontrak lebih baik, takyah nak satu kali bayar semua

    • bestnya… tapi maxis blh tiap2 tahun tukar phone beli salah satu plan lupa dah…
      aku masih x tahu mana satu nak ambil… ingin tukar iphone 8 cukup dah…

      • kalau macam tu… Easyphone package ada satu plan yang bagus , kalau kamu kuat guna internet kamu mesti suka. 256 GB untuk plan first platinum dan harga dia RM 178, saya rasa berbaloi, cadang untuk kamu.

      • iphone 8 tu kan banyak kes? harga yang easyphone plan tu macam tak beza kuat antara iphone 8 ngan iphone x. kalau beza sikit tu lebih baik ambik iphone x, device tu pun lebih upgrade

        • kalau bagi saya pilih, saya akan ambil yg terbaru iphone x…
          skrg celcom easy phone ni blh beli device protection… jgn takut guna iphone x… ada apa blh send balik baiki shj… rasa hanya celcom ada perkhidmatan ini shj…

  3. Beli phone yang mana satu boleh dapat kebaikan dengan maximum? Rasanya kena tengok teliti lah dengan package yang ada dalam easyphone ni, kerana kena dapat cari plan yang sesuai untuk saya.

  4. bestnya… tapi maxis blh tiap2 tahun tukar phone beli salah satu plan lupa dah…
    aku masih x tahu mana satu nak ambil… ingin tukar iphone 8 cukup dah…

    • Kali ini celcom easyphone paling hebat ialah ada protection utk device… bukan semua dpt warranty begitu… selagi ada sebanyak 21 buah pilihan… jadi x semesti nak ambil iphone jer… lain pun blh cuba…

  5. tengah tunggu ni, takut nanti dah ambik plan ni ada lagi yang lebih baik. biasanya digi ke maxis nampak plan celcom ada keluar yang lagi berbaloi

    • Aku dan plan nak beli sebagai hadiah valentine utk awek saya… ini plan bagus sebab dah pilih phone blh pilih mana2 satu plan kamu yg suka… semua sama harga.. selain itu lagi blh bayar sedikit wang lagi dpt device protection… jadi mcm ada insurance… haha

  6. kalau macam tu… Easyphone package ada satu plan yang bagus , kalau kamu kuat guna internet kamu mesti suka. 256 GB untuk plan first platinum dan harga dia RM 178, saya rasa berbaloi, cadang untuk kamu.

Tinggalkan komentar