Samsung dilihat sekali lagi bakal berdepan dengan kemungkinan masalah bateri pada telefon pintarnya. Kali ini untuk telefon pintar flagship terbarunya, Galaxy Note 8 dan masalah ini dilihat lebih rumit berbanding yang pernah berlaku pada Galaxy Note 7 dahulu.

Apa yang dilaporkan berlaku pada sebahagian Galaxy Note 8 ini adalah ianya tidak boleh dihidupkan semula setelah baterinya mencecah paras sifar. Dah cas pun tak masuk-masuk jugak.

Terdapat pelbagai pandangan berkenaan punca kenapa bateri Galaxy Note 8 ini bermasalah. Pihak Samsung buat masa ini hanya mampu sekadar menggantikan unit-unit yang bermasalah tersebut.

Kebanyakan laporan masalah bateri Galaxy Note 8 ini datangnya dari pengguna Amerika Syarikat. Besar kemungkinan masalah ini cuma terhad bagi pasaran di Amerika Syarikat sahaja. Hal ini disebabkan oleh hanya Note 8 untuk Amerika Syarikat sahaja yang menggunakan chipset Qualcomm Snapdragon. Berbanding rantau lain yang menggunakan chipset Exynos keluaran Samsung.

Setakat ini masalah yang berlaku ini masih lagi boleh dianggap sebagai kes-kes terpencil. Mungkin, atas sebab itu Samsung hanya menggantikan mana-mana unit yang dilaporkan bermasalah.

Sumber berita diperoleh dariĀ Piunikaweb

Tinggalkan komentar